Kebanyakan mereka mengimpikan lelaki dari jenis ini untuk berada di samping kehidupan yang mewah. Itu impian mereka.
Sungguhpun demikian, mereka tidak sedar, bahawa hakikatnya semua lelaki kerap berkelakuan sweet cuma tak semua lelaki dilahirkan kacak.
Biarpun begitu, ramai lelaki dilahirkan kacak atau handsome di mata sebahagian kecil wanita ataupun individu semata-mata. Lelaki kacak ini biasanya bapa kepada wanita tersebut.
Semalam ada seorang sahabat baik aku ada berkongsi "kata-kata lucah" kepada aku. Bagi sahabat aku, "lelaki hensem ni, buat apa pon tetap sweet! Pompuan memang suka laki cambi. Buat pi la apa pon" katanya.
Bila balik, aku terus cuba untuk mencerna ayat yang diungkapkan tu. Tajam, dalam dan juga menusuk dengan bukti empirikal yang jelas.
Tapi, aku yakin, ada di kalangan wanita di luar sana tak setuju dengan ungkapan terbabit.
Cadangan aku kepada wanita jenis tersebut, cuba dapatkan lelaki kacak idaman kalbu, aku pasti, lelaki tu duduk diam-diam saja pon dah terasa manis.
1 comments :
Aku cari yang manis sahaja :)
Sebarang komen amatlah dihargai.