Jika bumi bertuah ini kucar kacir.



Di lokasi perang saudara, Aleppo, Syria - Gambar Hiasan

Semalam aku bermimpi... Keadaan kucar kacir. Mak abah telefon dengan nada cemas.


"Hilal!! Cepat balik.. Kami dah nak pindah ni.." Jerit mak melalui telefon.


Aku bergegas mendapatkan tiket penerbangan untuk pulang ke rumah. Segalanya berlaku dengan pantas.. Aku pun berjaya mendarat dan sampai depan rumah selang 2 jam kemudian.


Aku tengok abah sibuk bawa barang yang penting. Mak lebih kalut seperti biasa. Adik-adik yang lain semua cuma bawa satu beg. Masing-masing dengan keperluan masing-masing.


Tiba-tiba aku dengar deruan jet MIG yang melalui ruang udara rumah aku. Satu letupan sayup kedengaran. Mak dengan nada terkejut terus berkata "tudia ada lagi satu depa tembak! Dah cepat!"


"Nak pi mana??" Soal aku dengan penuh kehairanan.


"Kita p samagagah.. Sana aman sikit!" Jawab abah.


Aku pelik! Sejak bila bumi bertuah ni dah huru-hara?


Ketika dalam perjalanan, aku nampak banyak banggunan musnah. Ramai kanak-kanak yang menangis.


Ada kura-kura mati tergantung di pokok. Menambah kepelikan aku ialah kura-kura tersebut difahamkan bunuh diri beramai-ramai di pokok mangga yang tumbuh meliar di tepi sungai berdekatan jalan yang kami lalui.


Aku terus terbangun! Dada berdegup kencang. Aduhh mimpi rupanya. Mimpi negara yang aku duduki kucar-kacir.


Ya Allah.. Jauhkanlah kejadian ini dari berlaku.

8 comments:

  1. fuhhh...dashyat gak mimpi hilal kan...tapi btol, tak dapat nak bygkan kalo bumi bertuah ini kucar kacir..jadi kita kena sentiasa bersyukur ngan apa yg kita ada skrg n sntiasa muhasabah diri...Astagfirullah

    ReplyDelete
  2. Naseb baek mimpi kura2 ja.. kalau mimpi Godzilla? muahahha.. Tapi kalau ang masuk mimpi aku, sampai zombie pon ada...

    ReplyDelete
  3. mmg dahsyat kak..... menakutkan...

    ReplyDelete
  4. mmg taubat ja la jawabnya...

    ReplyDelete
  5. nak masuk mimpi godzilla melampau sangat...ahhahaa

    ReplyDelete
  6. nasib baik mimpi,kalau betul2 mesti gawat kan....

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.