Sunday, May 25, 2014

Kalaulah abah penumpang MH370.

Abah memang ada trip ke Beijing yang dijadualkan pada Mac lepas. Dengan faktor genetik yang memang ada sejarah ketakutan pada tempat tinggi, abah memang sentiasa berdebar dengan perjalanan menaiki kenderaan terbang.

Mungkin terpaksa mengalami sendiri perubahan cecair badan akibat tindakan fizik aerodinamik kapal terbang, itu menjadi alasan yang kerap abah bagi bila diajak berjalan-jalan atau melancong ke luar negara. Bagi abah, ketakutan itu memang payah untuk dia lawan.. Kali ni, abah memang sedikit teruja untuk bersama sahabat perjuangannya dalam perjalanan ke Beijing.

20140525-034813 am-13693799.jpg

Bagi abah, melihat tempat orang memang membuka mata seluas-luasnya. Hasil jiwa kembara yang ada dalam lubuk hati, perjalanan ke Beijing memang menarik rasa sampai memberi kesan kat anak-anak.

Aku sebagai yang paling tua, suka bila abah bahagia dengan peluang ni.

Aku cuba bayangkan... Jika kehilangan pesawat MH370 melibatkan abah.

Semestinya harini lebih 2 bulan abah hilang. Aku pasti sunyi. Aku mesti bayangkan apa yang mak rasa.

Mak plak memang wanita yang setia dan pandai berlakon. Kalaupun jiwanya tidak tenteram, tapi mak sentiasa excited bila datang orang yang disayanginya.

Bila abah takda kat rumah, hampir semua benda yang berkait dengan abah mak akan update melalui group whatsapp family. Foto tempat abah lepak la... Meja tempat barang abah la..

Bayangkan itu semua hilang.. Takda khabar baru.. Mak mesti sedih. Mak mesti nangis..

Dan aku yakin.. Mak akan sentiasa tengok gambar abah... Jiwa sentimental yang terserap melalui DNA Wan Ayob memang banyak melekat dekat mak. Sebab tu mak sentiasa sentimental dengan banyak perkara.

Dan aku? Semestinya dalam keadaan bingung. Memikirkan ke mana abah..

Kalaulah kejadian itu benar-benar terjadi kat abah...

**abah selamat pergi dan balik dari Beijing. Asalnya tiket abah ditempah pada 8 Mac 2014.. Tapi terpaksa ditangguh selepas ada di kalangan sahabatnya yang perlu menyelesaikan komitmen lain. Lantas perjalanannya ditangguhkan ke minggu seterusnya. Alhamdulillah..

5 comments

Hikmah penangguhan. Alhamdulillah...

Penangguhan pulak kerna tiga org ahli baru pulang mengerjakan umrah...Alhamdulillah..

Kak Ju pulak pasti jenuh beri kata semangat kat hang.. terima qada n qadar Allah.. semua berlaku pasti ada hikmah.. hang jgn sedih..coz hang ank sulung.. kena kuat demi mak and adik2 lain.. bla..bla.. bla.. kan? Kan? Hang caya tak kak ju akn buat semua tu?? Ada hikmahnya dia masih disisi hampa... supaya hang lebih menghargai.. lebih meluangkn masa.. lebih & lebih & lebih segalanya...

Besar hikmahnya tu, perancangan Allah sentisa yang terbaik untuk hambanya.

Sebarang komen amatlah dihargai.