Handphone murah di KLCC

Bagi orang luar Kuala Lumpur yang berkeinginan membeli handphone murah biasanya akan tertumpu di pusat beli belah di Plaza low Yatt ataupun Pertama Complex. Tapi, ramai yang tidak tahu bahaw di sekitar KLCC juga sebenarnya ada handphone yang murah dari harga pasaran yang turut dijual di sini.

Handphone murah KLCCAku memang suka melepak di sekitar KLCC demi mencari ketenangan jiwa di samping melihat sendiri gelagat orang ramai yang datang dari seluruh pelusuk dunia untuk melihat sendiri keindahan binaan berkembar tertinggi di dunia.

"Abang! Ini Samsung S3 baru punya!" Sapa seorang lelaki berbaju putih sambil menyengih macam kerang.

"Berapa?" Jawab aku.

"RM1200 saja bang! Murah ni!" Jawab lelaki dalam lingkungan 30an itu sambil membuka smartphone berkenaan dan menunjukkan kepada aku.

"Ish! Mahal la... Yang lain takda ka?" Aku teruskan pertanyaan.

"Ada bang! Samsung S4 pon ada.. iPhone 5 pon ada bang!" Tambah lelaki itu.

"Fuiyooo macam-macam ko ada! Meh nak tengok iPhone 5!" aku cuba menunjukkan minat.

"Nah abang.. Ni baru punya.. Dari kedai.. 16GB saja.. Abang punya pasal RM800 pon ok la!" Jelas lelaki itu.

"Aku ada RM150 saja... Boleh?" Soal aku cuba memerangkap lelaki tu..

"Eh! Tak dapat la abang.. Kat kedai pon RM1600 ni bang.. Baru lagi ni.. Kotak pon cantik lagi.."

Lantas aku pun mula pelik dengan tindak tanduk lelaki ni. Semacam ja bercakap dengan aku. Sambil bercakap, dia tengok kiri dan kanan.

"Ok la.. Dah tu? Macam mana ko dapat handphone ni?"

Lelaki tadi jawab.. "Ala bang.. Biasa la.. Tadi saya 'ambil' di kedai tu (sambil menunjuk tangan ke arah sekitar Bukit Bintang) panas ni bang.. Boleh la kalo abang mau murah!"

Sambil tunduk tanda faham, dengan senyum sinis aku berkata "tak pa la.. Lenkali la saya beli.. Tak bawak cash la.."

Tapi, lelaki tu tak berputus asa.. Sambil cuba memujuk "abang nak yang mana? iPhone 5 ni?? Ok saya kurang sikit jadi RM400 saja.."

Aku tengok muka lelaki tu dengan tegas aku cakap "kalau RM100 aku mau! Kalau tak, ko jalan la..."

"Tak dapat la abang! Apa ingat ni senang ka mau dapat?" Dengus lelaki tadi..

"Dah2... Kau jalan la!" Terus aku jeling sambil berlalu dari lelaki tadi.

Aku pon meneruskan sesi jalan-jalan sambil berfikir tentang lelaki tadi. Seminit kemudian aku menoleh, dia dah hilang dari kawasan tu.

Nampak sangat sindiket penjualan handphone curi rancak berlaku di sini. Berlagak bagaikan seorang pelancong (ya la.. Muka lelaki tadi pon ada iras-iras pendatang asing yang ramai kat KL ni), mereka banyak memperdaya pengguna dengan menjual hasil curi di sini.

Maka berjaga-jaga serta berhati-hatilah ketika berjalan-jalan di KLCC ya...

**tapi kalau dia jual betul iPhone 5 tu RM100... Dahsyat jugak kejayaan aku kan?? Hihi...

0 comments:

Sebarang komen amatlah dihargai.