Syabas Malaysia Airlines!

Sememangnya kejadian pesawat MH192 yang mengalami kerosakan tayar sebelah kanan membawa kepada pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA 1:56 Pagi waktu tempatan mendebarkan semua orang. Terutamanya bagi warga media sosial.

Aku secara peribadi memuji bahagian komunikasi korporat Malaysia Airline atas berjaya menguruskan informasi dengan tangkas dan berkesan selaras dengan "dahaga"nya warga media sosial dengan informasi sejak kejadian mula dilaporkan sekitar jam 12 tengah malam.

Kemaskini terkini menerusi Twitter dan Facebook Rasmi Malaysia Airline memang membawa kesan baik buat syarikat terbabit biarpun masih dihantui dengan misteri kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lepas.

Tampaknya mereka kini lebih memandang serius dengan komunikasi terkini berkaitan pesawat mereka. Dan hal ni wajar dicontohi mana-mana bahagian komunikasi syarikat di seluruh dunia. Zaman ledakan informasi ni bukan senang urus.

Tahniah sekali lagi buat warga Malaysia Airlines.

 

Tapi, video pendaratan cemas pesawat MH192 paling aku nantikan dan ini antara yang banyak orang share di twitter.



0 comments:

Sebarang komen amatlah dihargai.