Wednesday, April 30, 2014

Pengalaman lawak masa Planet Gempak Astro Ola Bola 2014.

Sepanjang 2 hari yang hangat semasa Karnival Planet Gempak Ola Bola 2014 tempoh hari, ada satu pengalaman lawak yang memang tak boleh nak lupa sampai sekarang.



Biasa la.. Karnival ni memang khas untuk bagi peluang orang ramai alami sendiri dunia Astro di booth yang dibuka. Biasanya semua saluran yang berkaitan akan membuat pameran ataupun aktiviti yang boleh orang ramai datang dan feel la.

Jadi, kami ni di Astro Awani, biasanya kami akan buat pengalaman baca berita ala dalam studio Awani. Dan memang best sebab ramai yang datang mencuba dan ramai yang mula tahu bahawa kerja ni bukan kerja senang.

Akan tetapi, aku didatangi seorang pengunjung yang istimewa sifat dia. Dia ada datang mencuba baca berita. Tapi, dah habis mencuba, dia dok lepak kat booth kami dalam tempoh yang agak lama. Bukan tak suka, cuma itu perbuatan yang jarang terjadi.

Rupanya dia ni suka nak sembang.... Aku pon layan la dia... Sambil pegang satu poster Running Man yang didapati dari booth saluran One HD, dia pon cuba mengajarkan aku bahasa Korea.

"tahu nak cakap HAI dalam Korea tak??" tanya gadis lewat 20-an tu.

"tak tahu" jawab aku.

"Cuba jerit HAII!!! kat diorang." sambil melambai tangan dengan penuh girang kat poster Running Man yang dipegangnya.

Aku pon dengan pasrah melambai sambil jerit HAIII!!! kat poster terbabit.

Selepas itu gadis terbabit teruskan mengajar bahasa Korea...

"OK sekarang jerit Anyong!!!!" kata gadis terbabit..

"anyong!!!!" jerit aku sambil melambai poster yang dipegang wanita tadi...

Malu.... tapi nak tergelak.. Sebab aku perasan ada orang lain memerhati kejadian tu....

Tapi aku bangga sebab dapat kenal orang yang istimewa mcm gadis tadi....

Sebarang komen amatlah dihargai.