Wednesday, April 16, 2014

Mengajar mak abah selfie

Selfie dah menjadi kaedah bergambar yang trending di kalangan pengguna smartphone kini. Pernah beberapa minggu lepas, keyword selfie trending kat twitter. Aku sendiri secara peribadi jadi pelik sampai tahap keyword tu bleh jadi trending plak.

Akan tetapi, memang selfie ni satu proses mudah yang memerlukan latihan yang kerap. Kelebihannya yang UTAMA ialah selfie ni tak menyusahkan sesiapa. Kita boleh pastikan gambar muka kita pon ada dalam gambar yang kita ambil.

Kalau tak, sebelum ni, siapa yang bawa kamera, maka dialah jurugambar rasmi kumpulan terbabit. kini dengan selfie, maka tiada lagi masalah muka jurugambar takda dalam foto kenangan bersama.


Bagi aku, mak dan abah juga berhak untuk selfie.

Idea aku senang ja.. Bila mereka berdua keluar berjalan-jalan, nak mintak report lokasi atau bukti kat mana mak dan abah ada, boleh dah mintak selfiekan diri di mana-mana.

Aku tau, mak dan abah memang suka keluar jalan-jalan terutama dengan kawan-kawan masing-masing. Jadi, takkan nak biar orang lain ambilkan gambar? Bukankah selfie tu lebih mudah?




[caption id="" align="aligncenter" width="648"]Selfie seorang bapa Abah dengan gaya pro tinggal nak mantapkan framing ja skarang ni. Tapi beberapa gambar yang abah tangkap dah meletop dan power dah..[/caption]

Jadi, aku ambil inisiatif balik baru-baru ni lepaskan geram ajarkan mak dan abah untuk selfie.


Abah pulak baru ja balik dari satu trip dengan kawan-kawan dia. Maka, ketika itu, aku cuba meminta foto selfie abah kat sana agar memudahkan aku jelous dengan lokasi yang dia p. Ada beberapa selfie yang memuaskan dan ada beberapa selfie yang abah hantarkan kurang menjadi. Tapi, takpa, kata tok aku dulu practice makes perfect.

Dah kami ni semua hidup berjauhan. Maka kewujudan whatsapp group family memang best! Itulah tempat untuk sembang dan bagi gambar masing-masing. Biasanya dalam keadaan selfie. Dari kewujudan kumpulan inilah aku memberikan penekanan betapa pentingnya selfie untuk tujuan mengeratkan hubungan kami yang secara zahirnya jauh beratus batu.

Memandangkan mak dan abah dah menjadi TOK hasil perkahwinan Hizam & Bella tahun lepas, maka inilah masa terbaik untuk TOK tunjukkan kehebatan pada cucunya nanti. Barulah tok jenis moden!!

[caption id="" align="aligncenter" width="648"]Selfie mak Mak terpaksa guna kedua-dua belah tangan sebab tak yakin nak pegang handphone sebelah tangan ja... hahahaha[/caption]


Kesimpulannya, aku sangat suka bila mak dan abah up to date dengan teknologi dan trend masa kini. Aku tak mau mereka ini tertinggal dengan nikmat teknologi canggih yang ada dan juga, aku tak mau mak dan abah terperangkap dengan "kepandaian" anak-anak dalam teknologi yang menenggelamkan kredibiliti mereka sebagai ibubapa.


Bak kata orang, "mak ngan bapak sendiri, jangan berkira sangat.. Takda 2 orang ni, maka takda la kita di muka bumi"..

12 comments

...kerna dirimu begitu berharga,,

Sempoi la bro.... lepas nie nak tengok gambaq adik pompuan abang HILAL selfie pulak naaa...

Ewaahh, mana gambar aweks pula bro?

semoga menjadi anak yang soleh yer bro....

haha nasib mak aku guna phone main candy crush n amik gambar cucu je kalau tak dah tentu2 kena belikan monopod

insyaallah... moga dipermudahkan.. :D

beli jer.... xluak pon..ahahahaha

seronok baca slang lal.. hehe

advance na parents dia.. :)

bak gambaq adik hang.. nak kenal jugak...

Sebarang komen amatlah dihargai.