Bau masam baby yang dirindui

Ramai jugak di kalangan kawan-kawan yang suka kongsi kisah kesedapan bau baby bila dicium. Bagi kebanyakan kawan-kawan dan aku sendiri, memang sedap bau baby ni.

Bau dia ada macam masam sikit.. Tapi enak dibau mungkin kesucian bayi itu menjadikan dia sangat membahagiakan untuk dinikmati baunya.Cuma kisah awal pagi tadi, bila sampai kat rumah. Mak bgan abah masih lagi tidur.. Terpaksa aku bangunkan dengan menelefon mak untuk bukakan pintu.

Memang mak baru bangun masa tu. Salam mak.. Cium pipi dan peluk mak.. Best sungguh! Dengan cuaca di Malaysia yang serba lembap dan panas, macam-macam bau boleh kita alami.

Memang harini teringat bau baby. Bila cium mak ja.. Terasa macam cium baby rasa dia.Tak cukup dengan tu... Abah pon sama.

Hari ni mak ngan abah masing-masing bau macam baby. Ni mesti akibat dok gomol Kiesha (anak saudara terbaru dalam family kami) banyak sangat.

Tapi... Aku tau.. Bau ni akan aku ingat sampai bila-bila.

Sama macam bau yang aku ingat masa cium arwah Wan Darus pada saat-saat terakhir pertemuan dulu..
bau baby
April 12, 2014
2

Comments

  1. bau baby paling aku suka kat bahagian tengkuknya...rasa ada feel kalu cium kat situ..haha

    ReplyDelete
  2. memang best part tu!!! hehehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

2021 yang power!

Tahun 2021 ni sangat power! Mana taknya, sedar-sedar dah hujung bulan Januari d…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Di mana kepentingan Sidang Kemuncak Copenhagen 2009?

Semalam tamatnya Sidang Kemuncak Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diCopenhagen, Den…

Hebat!