Monday, March 24, 2014

Perlumbaan CERITA rakyat

Semenjak kehilangan pesawat MH370, ramai yang mula berlumba-lumba menjadi yang PERTAMA untuk berkongsikan pendapat masing-masing.

Ketika itu, ramai yang mula merujuk kepada "kepakaran" sahabat-sahabat terdekat mereka untuk dikongsikan kepada rakan yang "kurang pakar".

Inisiatif yang memang bagus dan terbaik kerna ia dianggap berkongsi INFO yang "berguna" untuk orang sekeliling.

Itu adalah situasi yang berlaku di kalangan rakyat Malaysia, malah di seluruh muka bumi ni pon. Akan tetapi banyak perkara yang boleh dipelajari dari kejadian "perlumbaan cerita" oleh semua orang.

Dengan kehadiran teknologi permesejan yang sangat efisien seperti Whatsapp, WeChat, dan juga teknologi media sosial yang macam-macam, penghantaran mesej serta perkongsian info menjadi lebih pantas dan membawakan kesan yang maha dahsyat.

Dari kalangan peminat Whatsapp, semestinya kewujudan kumpulan kecil yang membincangkan isu serta hal-hal berkaitan menjadi sangat menarik dan melekakan.

[caption id="" align="alignright" width="384"] Tutup mulut kalau mampu![/caption]

Namun, ramai yang tak reti nak jaga sensitiviti informasi yang diberikan.

Sebagai contoh, hal-hal melibatkan ahli keluarga sendiri (kisah adik baru akil baligh terbasah masa tido kat buaian depan rumah) tak perlu la diprint screeen dan di kongsikan dengan kawan-kawan lain.

Begitu juga hal rakan sekerja yang mungkin memalukan syarikat dan juga agensi kita bernaung, tak perlu diketengahkan kepada orang lain.

Bukan apa, sekarang ni macam makin ramai di kalangan kita yang jadi duri dalam daging dengan apa keadaan yang berlaku.

Silap-silap, kalau ada "penjajah" nak takluk negara kita ni, nescaya kerja-kerja menjajah jadi mudah dengan golongan yang tak reti nak faham situasi dan kadar kerahsiaan informasi yang dia tahu.

Memang kita ada HAK BERSUARA dan juga HAK BERKONGSI....

Namun, HAK BERFIKIR dikurnia LEBIH AWAL oleh Tuhan agar kita mampu guna sebaiknya sebelum guna hak-hak lain dalam mendapatkan kehidupan yang bahagia....

3 comments

true enough.
think before do anything.

good entry, hilal ! :)

Tutup mulut kalau tak mampu! <-- love this!

Great work! Let me simply authorize myself into your guestbook to
reveal you how much i cherish your job.

Sebarang komen amatlah dihargai.