Bukan senang nak menghadap yang HARAM

Untuk hidup, kita perlu duit..
Untuk dapat duit, kita perlu kerja.
Untuk kerja, kita kena ada kemahiran ataupun setidak-tidaknya pengetahuan.

Akan tetapi, setiap jenis pekerjaan, ada cabarannya yang tersendiri dan proses memahami dan menilai cabaran itu tertakluk 100% kepada diri sendiri untuk membawa diri.

Hidup sebagai seorang perantau memang banyak dugaan dan cabarannya. Di samping usaha untuk kekal menjaga akidah dan keimanan, usaha untuk kekalkan momentum mendapat rezeki yang halal juga menjadi cabaran besar buat insan yang hidup di bandar metropolis seperti Kuala Lumpur ni.

Untuk bekerja di bandar besar ni, banyak pendedahan diberi melalui kawan-kawan dan juga orang sekeliling. Kalau pengetahuan tak cukup banyak, maka kita mungkin mudah hanyut dengan arus deras manusia yang senantiasa berusaha gigih untuk menjadi kaya selaju mungkin di bandar besar ni.

Tidak kurang dengan itu, ramai juga di kalangan manusia urban mempunyai jumlah nafsu yang agak besar. Banyak perkara perlu dilampiaskan tatkala diri sibuk dengan misi mencari wang.

Hukum Tuhan, mungkin klise bagi mereka. Membosankan malah tidak menarik untuk dibincangkan.

Pembelajaran asas agama di kala sekolah dulu banyak membuka mata aku ketika tiba di bandar besar ini. Aku jadi lebih faham yang mana dimurkaiNya dan yang mana disukaiNya...

Semuanya bukan senang...




[caption id="" align="aligncenter" width="600"] Gambar HIASAN[/caption]

 

 

6 comments:

  1. Memang bukan senang, tapi tak de la susah kan? Kalau ada asas, insyallah semuanya akan senang.. cuma kita nak dengan tak je melawan nafsu yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan.

    ReplyDelete
  2. True enough.
    Bukan senang..
    InshaAllah, banyakkan doa pada Allah.
    Moga dipertingkat iman, moga istiqamah di jalanNya.

    Moga Dia redha. ameen. :)

    ReplyDelete
  3. Semoga kita dilindungiNya dari terbabas dari perkara-perkara laranganNya....

    ReplyDelete
  4. Cabaran memang besar jika di bandar besar. Banyak yang terumbang ambing kerana penangan bandar besar. Banyak yang indah pada luaran tapi merosakkan dalaman jika terpengaruh.

    ReplyDelete
  5. yep betul tu. sokong sgt2. yg haram ni la yg sedap tapi iman kita yang menentukan kita untuk mengelak daripada melakukan apa yg dilarang olehNya

    ReplyDelete
  6. Yey! HA dah aktif berblog balik. HA dalam bidang tu akak percaya mmg dugaannya sangat hebat. Tapi kalau dalaman tu kuat, campak kat mana pun tak terjejas... Insyaallah

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.