Tuesday, February 25, 2014

Rasis itu perlu!

20140225-085737.jpg

Situasi politik Malaysia sedikit tegang selepas beberapa isu timbul berkaitan banyak perkara termasuklah jiwa-jiwa ekstrim yang membawa mesej ras yang dahsyat.

Mana taknya, hal paling sensitif bagi apa jenis agama, ras dan kaum sekalipun mula disentuh malah tidak kurang juga yang dengan penuh bangga mencaci maki manusia lain yang tidak sama ras dengannya.

Maka timbullah sentimen membenci manusia yang rasis sifatnya.

Rasis turut membawa makna insan yang membayangkan rasnya adalah yang terbaik dan perlu untuk "menghapuskan" ras lain dengan apa jua cara sekalipun.


Memang kita tak punya pilihan untuk memilih ras yang disukai. Akan tetapi, kelahiran dalam ras sedia ada mengajak manusia untuk berfikir dengan waras di samping menerima kewujudan ras lain di bumi ini.

Pentingkah bersifat RASIS?

Mungkin penting memandangkan kejadian manusia pada ras yang sama akan memudahkan sebarang proses interaksi terutamanya dalam menjalankan kehidupan di Malaysia.

Bagi negara yang majmuk rakyatnya (seperti Malaysia), usaha untuk memahami sensitiviti di samping berusaha untuk menerima anutan agama orang lain wajar dijadikan perkara asas dalam berfikir dan juga membuat keputusan.

Oleh yang demikian, bersikap rasis menjadi penting dalam usaha mendapatkan keyakinan untuk melakukan tugas dengan lebih mudah.

Ini hanya pendapat peribadi ya!

Sebarang komen amatlah dihargai.