Masuk umur baru

Kebanyakan orang suka meraikan hari masuk umur atau lebih dikenali hari lahir.

Mungkin aku ada kaedah tersendiri dalam meraikannya. Namun, kebiasaannya hari tambah umur ni jarang sekali berlaku perkara yang mengejutkan.

Untuk tahun ini, menjadi tahun ke 3 berada dalam tugas tatkala tarikh ini tiba. Maka situasinya menjadi sama sahaja.

Sesi makan sedap bersama sahabat rapat menjadi situasi biasa yang dibuat dalam meraikannya.

Cuma pelik sikit, tahun ini TIADA panggilan telefon yang dibuat mak abah. Masing-masing hanya menghangarkan mesej melalui whatsapp semata-mata.

Rupanya, mak dengan semangat telah berusaha menghantarkan sekeping kad ucapan. Walaupun minimalist sifatnya, tapi menusuk kalbu membaca ucapan mak dan abah.

Terasa bagai disentuh jiwa ini tatkala menerima poslaju yang nipis sebegitu (biasanya yang datang ialah bungkusan hasil beli-belah online).

Terima kasih buat kawan-kawan serta kenalan yg sudi memberikan ucapan yang dahsyat melalui instagram, twittter dan Facebook.

Kagum sikit tahun ni bila Google pon meraikan hari lahir dengan memberikan doodle khas sempena hari kejadian ini.

Syukurlah nak...
Mak n abah memang sweet!!! Anakmu cayaqqqqqq @yatiayob62 n @meedarus
Diriku
February 23, 2014
1

Comments

  1. Touching baca entry nih.
    Dayah pnh terfikir.
    Bila tarikh lahir. Kita sambut apa sebenarnya?

    Betul ke tarikh lahir tu beri "makna" kat kita?

    Bukan sebenarnya itu tarikh utk kita ingat jasa ibu yg lahirkan kita?

    Bukan sepatutnya kita beri hadiah dan ucapan kat ibu atas jasanya lahirkan kita?

    Haaaa.. tercakap pasal perkara yg dyh fikir sorang selama nih ..

    Malas pulak nak delete.

    Heee ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

Rasis / Racist: Apa, Siapa dan Banyak mana?

Isu perkauman kini semkin hari semakin panas. Bila mana yang Melayu nak pertaha…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

3 jenis tindakan yang mendatangkan bahagia di masa hadapan

Sejak dua menjak ni, semakin ramai yang ditemui mengalami masalah kurang bahagi…

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…

Nikmat jadi orang malas!

Sejak zaman sekolah, kita akan kenal dengan individu yang dilabel sebagai pemal…