Perkongsian pengalaman dalam misi #RescueSyria (siri musim sejuk)

Setiap hari yang dilalui memang mencabar, sukar dan menyeksakan.

Itulah yang dihadapi rakyat Syria... Saya sempat menukilkan beberapa cerita tentang pengalaman berada di Syria.

***Insyaallah akan UPDATE lagi memandangkan masih dalam tempoh bertugas.

1. Suka, Rela, Kawan
ALEPPO: Merentasi sempadan Turki untuk tiba ke Syria bukan kisah bahagia seperti melepasi sempadan Bukit Kayu Hitam - Hatyai. Segalanya penuh debar dalam melayan sikap gasar yang ditonjolkan pihak penguatkuasa di sempadan.


Rombongan tiga buah kereta dengan plat kenderaan Damsyik mengujakan malah debaran yang berdegup kencang sebelum ini mula membeku akibat cuaca yang mencecah 2 darjah celcius.

"Dia main baling-baling jer passport kita!" dengus Ustaz Taliban tatkala kami melepasicheckpointkedua Turki sebelum memasuki Syria.

Akibat situasi politik yang kurang stabil, pengiring kami menasihatkan agar kami kekal berdoa sepanjang jalan di samping memastikan kamera sentiasa tersorok daripada pandangan pihak berkuasa.

2. Hershey's Untuk Bakal SUPERSTAR!
ALEPPO: Menyusuri jalan berlopak dengan kereta sedan berusia lebih 5 tahun yang tidak terjaga rapi sememangnya mengundang mabuk kenderaan.

Magiknya bumi Syam ini, saya tidak langsung mabuk kenderaan akibat jalan yang kurang baik serta teknik pemanduan gaya gasar yang ditonjolkan sepanjang perjalanan.

Sesampainya di salah sebuah sekolah untuk pendidikan Al Quran (yang meliputi silibus pembacaan, tajwid, tafsir dan akhlak) kami disambut dengan hampir 100 kanak-kanak dalam lingkungan umur 4 hingga 16 tahun.

Menyusuri laluan dengan pemandangan ladang buah zaitun sememangnya menyamankan. Dengan suhu sekitar 5 darjah celsius, angin yang menderu melalui tingkap boleh menyebabkan kepala membeku.

"Oii Hilal!!! Tutup la tingkap tu. Kepala ana dah beku dah ni!" jerit Syahrir kepada saya. Syahrir merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Life Line For Syria (MLLFS) yang turut menjadi orang kuat dalam misi kali ini.

Bagi orang Melayu tipikal macam saya, hari sejuk sebegini bukan senang untuk dinikmati. Maka ini masa yang diambil dengan penuh nikmat mendapatkan angin sejuk membeku di sini.

Namun, perjalanan tatkala gelap malam bukan pilihan yang baik. Serangan demi serangan oleh pihak rejim Basyar lebih aktif apabila malam menjelma. Keadaan yang kian membeku di malam hari bagai menyeksa  seluruh tubuh yang hidup pada detik tersebut. Tak kisahlah dari pejuang Syiah yang mengagumi Basyar Asad, mahupun pejuang Sunni yang mahu menegakkan kedaulatan Islam di bumi Syam ini.




Aleppo: Berada di zon perang bukan perkara mudah dan membahagiakan. Tetapi, masih ramai di kalangan rakyat Syria yang diperhati di sini mampu tersenyum tatkala diberi salam kepada mereka.

[caption id="" align="alignright" width="295"] Dinding masjid yang diserang di Aleppo[/caption]

Pengalaman paling menakutkan buat setakat ini ialah ketika kami menemui rakan sukarelawan tempatan di bahagian media di Aleppo. Mereka mengalu-alukan kedatangan kami dengan penuh semangat dan ceria, biarpun 'soundtrack' bom, senapang dan juga helikopter berlagu dengan rancaknya ketika pertemuan ini berlangsung. Seperti yang pernah dipesan editor Astro AWANI, Zan Azlee kepada saya, "dengar saja bunyi bom, tunduk dan lari laju-laju", ketika sampai sahaja di lokasi terbabit, saya mendengar bunyi bom, lantas dengan pantas saya lari memasuki bangunan yang mengumpulkan sukarelawan media.




**Bakal tambah lagi...


0 comments:

Sebarang komen amatlah dihargai.