Siapa suka tandas kotor?

Kata orang tua dulu, "nak tengok tahap kebersihan rakyat, kena la tengok pada tahap kebersihan tandas!".

Seperti biasa aku akan melepak di waktu malam di NZ Curry House, Kuala Lumpur. Lepak pada waktu dinihari menjadi perkara trendy buat anak muda di sekitar ibu kota. Pada waktu ini juga kita akan dapat menonton gelagat manusia yang menghabiskan sisa masa yang "berlebihan" dengan cara masing-masing.

Pelbagai karenah manusia boleh ditonton dari sudut penglihatan aku di sini. Ada yang baru selesai kerja, ada yang berbincang hal bisnes, berlatih untuk temuduga bersama teman lelaki dan tak kurang juga yang berpakaian seksi, mungkin baru pulang 'kerja malam'.

Rerambut menggelikan

Tidak kurang juga si 'pekerja malam' yang datang dengan kawan-kawan yang ramai. Ada yang termuntah di sana sini akibat 'terlalu gembira' di sekitar kelab malam.

Dek kesihatan yang kurang memberansangkan, aku terpaksa kerap membuang air dalam sesi lepak malam kali ini.

Ketika kali ketiga ke tandas, aku terkejut dengan sekumpulan lelaki yg menunggu giliran untuk 'menyelesaikan hajat' mereka. Rupa-rupanya tandas di kedudukan tengah antara tiga tandas ada kekotoran berupa najis yang tidak diuruskan si 'pengeluar'.

Lebih meloyakan apabila kelihatan beberapa rerambut kecil yang kerinting turut bersepahan di tandas berkenaan. Mungkin berlaku keguguran tak terkawal yang merimaskan pengguna lain yang menunggu giliran di situ.

Aku meneruskan sesi membuang air di sinki urinari tanpa menunggu giliran di tandas.

"Aku paling benci tandas kotor!" Jerit seorang pengguna tandas di kedai mamak terkenal ini. Jeritan itu disahut kawannya "ah! Sudahlah... Giliran aku pula!"

Maka aku berbisik dalam hati "siapa yang sukakan tandas kotor? Bukankah tanggungjawab menggunakan tandas dengan bersih itu tugas pengguna?".
berpakaian seksi
December 18, 2013
0

Comments

Hebat!

Search

Popular Posts

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…

Pentingnya ambil tahu hal jiran...

Kejadian kehilangan kanak-kanak semakin hari semakin menjadi-jadi. Ia menjadi…