Sentimental yang menyeksakan.

20131231-052527.jpg

Jiwa sentimental sememangnya menyeksakan. Insan seperti aku, teramat sayang dengan situasi dan juga detik-detik yang melalui kehidupan.

Kalau boleh kesemua keadaan sekeliling, pandangan serta pemandangan mahu saja dirakam dan disimpan dalam hard disk sebagai video kenangan.

Banyak detik indah dilalui dengan penuh bahagia. Berjumpa insan yang memberi inspirasi. Sembang-sembang dengan mak dan abah, gurauan adik beradik dan juga saat bahagia bersama kawan-kawan. Mungkin foto ada dirakam sebagai bukti saat indah itu berlangsung.

Seperti juga laluan umur sepanjang 2013 masehi ni. Banyak yang menarik dan juga mencabar sepanjang 365 hari yang dilalui.

Hari ni menjadi hari terakhir untuk mengukit sejarah kehidupan. Biarpun rutinnya hampir sama dengan 300 hari yang lalu, tetapi ia tetap baru untuk diukir.

Moga lebih banyak hal menarik berlaku di tahun baru nanti.

Salam tahun baru 2014 untuk kalian.. ;)
Emosi
December 31, 2013
0

Comments

Search

Popular Posts

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pernah try boba versi mamak Penang?

Ini cerita best masa kami balik Penang baru-baru ni. Aku saja la pi jumpa…

Nikmat jadi orang malas!

Sejak zaman sekolah, kita akan kenal dengan individu yang dilabel sebagai pemal…

Kalau takda pasukan, kita gerak dulu !

Saya masih ingat kali pertama berjumpa dengan manusia penuh…

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…

Hebat!