Selamat tinggal 2013

Tahun yang paling menarik dalam sejarah hidup aku.

Di tahun ini banyak pengalaman baru yang dialami, banyak perkara baru yang dialami serta banyak hinaan baru yang didapati dari pelbagai jenis makhluk di seluruh pelusuk bumi.

Aku paling berbahagia bila dijumpakan dengan manusia yang membahagiakan dalam berkongsikan ilmu dan juga pengalaman untuk kebaikan diri aku.

Bab cabaran yang dialami sepanjang tahun ni, sememangnya banyak. Dari kerja yang sangat menyusahkan, sehinggalah kisah superior yang berunsurkan tidak suka dengan setiap tindakan. Itu semua manusia yang di'jodoh'kan Allah untuk menambah unsur matang dalam diri aku.

Kebahagiaan yang didapati tahun ni ialah diberikan peluang untuk berjalan-jalan sesuka hati ke Seoul, Korea. Itu paling menarik sepanjang tahun ni memandangkan kesusahan sebelum kenikmatan itu hanya Allah saja yang tau.

[caption id="" align="aligncenter" width="500"]Hilal di Korea Best gila Gunung Seoroksan[/caption]

Seperti 3 tahun sebelum ini, aku diajak untuk 'bersabar' dengan ruang masa yang dikurniakan untuk bertugas sehingga malam tahun baru. Itu mungkin qada' dan qadar yang sudah tertulis untuk aku kekal menganga melakukan tanggungjawab di malam yang aku rasa menarik untuk bermuhasabah diri.

Yang aku pasti, inilah tahun paling kurang aku balik rumah menjenguk mak abah. Aku harap tahun depan lebih sikit masa yang boleh diluangkan bersama mak abah.

Mungkin boleh ucap selamat tinggal 2013, terutamanya ketika menguruskan hal kesusahan sepanjang tahun ini. Insyaallah yang manis itu akan diangkut senyumannya ke tahun baru.

 
boss dengki
December 30, 2013
0

Comments

Search

Popular Posts

Rasis / Racist: Apa, Siapa dan Banyak mana?

Isu perkauman kini semkin hari semakin panas. Bila mana yang Melayu nak pertaha…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

3 jenis tindakan yang mendatangkan bahagia di masa hadapan

Sejak dua menjak ni, semakin ramai yang ditemui mengalami masalah kurang bahagi…

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…

Nikmat jadi orang malas!

Sejak zaman sekolah, kita akan kenal dengan individu yang dilabel sebagai pemal…