Antara perkara menarik untuk dilawati di Korea Selatan ialah Gunung Seoraksan yang terletak di Taman Negara Sokcho, di bahagian utara Korea Selatan.
Perjalanan ke wilayah Sokcho mengambil masa kira-kira 2 jam dari bandaraya Seoul. Kami memulakan perjalanan dari stesen bas berdekatan stesen tren Gangbyeon. Kos menaiki bas dari 18,100 won (lebih kurang RM50++).
Sepanjang perjalanan 2 jam, memang pemandangan indah yang akan kita nikmati. Dengan keupayaan bas yang ada tv dengan siaran HD, dan juga wifi berbayar, setiap penumpang diwajibkan memakai tali pinggang keledar sepanjang perjalanan.
Menariknya, lebuhraya yang kami lalui tu memang mahal, ya, aku yakin mahal sebab perlu melalui lebih 6 terowong yang mempunyai jarak sekurang-kurangnya 1 kilometer. Dan aku cuba membayangkan bayaran tol yang dikenakan kepada setiap pengguna lebuhraya Seoul-Sokcho ni.
Sesampainya di Sokcho, ini cabaran bermula apabila kami perlu mencari kawasan yang paling sesuai (hotel / backpackers) untuk dijadikan tempat tidur. Memang banyak tempat penginapan di sekitar Sokcho, dan kami perlu menaiki bas tempatan (dengan kos sekitar 1,200 won) untuk ke mana-mana lokasi.
[caption id="" align="aligncenter" width="500"]
Abaikan lelaki gila ni.. Dia terlalu seronok melihat air terjun![/caption]

Kos untuk masuk ke Taman Negara ini ialah 3,500 won setiap kepala! Ini tidak termasuk kos menaiki kereta kabel untuk ke puncak Gunung Seoraksan yang memerlukan bayaran tambahan 8,500 won.
Aku merasakan kereta kabel Mount Seoraksan ni lebih ganas dari Kereta Kabel Langkawi disebabkan ia menaiki tebing tinggi yang lebih curam dengan kereta kabel yang lebih laju.

Sesampainya di puncak, sungguh amat indah pemandangan yang diciptakan Tuhan, dan aku mula bersyukur yang teramat dapat tengok kecantikan alam kat situ.
Seperti kata gadis Thailand yang aku jumpa di Banana Backpackers, "U have to experience once in a life time to see the red leafs and nice view of Seoraksan".
[caption id="" align="aligncenter" width="500"]
Di puncak Gunung Seoraksan ni, ada bendera Korea Selatan. Tak larat nak panjat, lagipun batu licin dan sejuk.[/caption]
***Kesemua gambar ini dirakam menggunakan iPhone 5! :D
Perjalanan ke wilayah Sokcho mengambil masa kira-kira 2 jam dari bandaraya Seoul. Kami memulakan perjalanan dari stesen bas berdekatan stesen tren Gangbyeon. Kos menaiki bas dari 18,100 won (lebih kurang RM50++).
Sepanjang perjalanan 2 jam, memang pemandangan indah yang akan kita nikmati. Dengan keupayaan bas yang ada tv dengan siaran HD, dan juga wifi berbayar, setiap penumpang diwajibkan memakai tali pinggang keledar sepanjang perjalanan.
Kami turut dibawa untuk berhenti seketika di kawasan rehat untuk tujuan "membuang" dan sesi rehat untuk pemandu.
Menariknya, lebuhraya yang kami lalui tu memang mahal, ya, aku yakin mahal sebab perlu melalui lebih 6 terowong yang mempunyai jarak sekurang-kurangnya 1 kilometer. Dan aku cuba membayangkan bayaran tol yang dikenakan kepada setiap pengguna lebuhraya Seoul-Sokcho ni.
Sesampainya di Sokcho, ini cabaran bermula apabila kami perlu mencari kawasan yang paling sesuai (hotel / backpackers) untuk dijadikan tempat tidur. Memang banyak tempat penginapan di sekitar Sokcho, dan kami perlu menaiki bas tempatan (dengan kos sekitar 1,200 won) untuk ke mana-mana lokasi.
Dah siap check in, kami meneruskan perjalanan ke Taman Negara Sokcho yang terletak 30 minit (menaiki bas awam) dari bandar utama Sokcho.
Pemandangan di Taman Negara Sokcho (Sokcho National Park) sangat mengujakan! Sebagai seorang Melayu totok yang memikirkan "pokok berpenyakit" terlalu banyak di sini, baru aku sedar bahawa musim autumn ini menyebabkan kebanyakan pokok mula bertukar warna dek cuaca yang mula menyejuk.
[caption id="" align="aligncenter" width="500"]

Kos untuk masuk ke Taman Negara ini ialah 3,500 won setiap kepala! Ini tidak termasuk kos menaiki kereta kabel untuk ke puncak Gunung Seoraksan yang memerlukan bayaran tambahan 8,500 won.
Aku merasakan kereta kabel Mount Seoraksan ni lebih ganas dari Kereta Kabel Langkawi disebabkan ia menaiki tebing tinggi yang lebih curam dengan kereta kabel yang lebih laju.

Sesampainya di puncak, sungguh amat indah pemandangan yang diciptakan Tuhan, dan aku mula bersyukur yang teramat dapat tengok kecantikan alam kat situ.
Seperti kata gadis Thailand yang aku jumpa di Banana Backpackers, "U have to experience once in a life time to see the red leafs and nice view of Seoraksan".
[caption id="" align="aligncenter" width="500"]

Tips penting untuk ke Taman Negara Sokcho dan juga menaiki Gunung Seoraksan ini ialah seperti berikut:
- Pastikan bawa pakaian sejuk yang mencukupi + sarung tangan (memandangkan Melayu totok macam aku memang tak tahan sejuk).
- dicadangkan pergi waktu awal pagi (pukul 8pagi dah bukak) memandangkan tengahari hingga petang akan ada ramai pengunjung dari seluruh Korea dan juga seluruh dunia.
- Bawak la makanan ringan yang cukup memenuhi ruang perut tatkala lapar, duit dah mahal, makanan kat atas gunung lagi la mahal.
- Bateri kamera yang mencukupi kerana pemandangan terlalu elok untuk dirakamkan! :D
***Kesemua gambar ini dirakam menggunakan iPhone 5! :D
Bas Awam di Korea
Fotografi
Gangbyeon Train Station
iPhone5
Kereta Kabel Langkawi
Kereta Kabel Seoraksan
Korea Selatan
Korea Trip Oct 2013
Mount Seoraksan
Mount Seoroksan
Pelancongan
Seoraksan
Sokcho National Park
South Korea
Taman Negara Sokcho
Tempat Penginapan di Sokcho
Tips ke Taman Negara Seoraksan
Won
related posts
Bas Awam di Korea
November 11, 2013
4
hope tahun depan dapat sampai ke korea....macam best jer kan....
ReplyDeleteMacam tempat running man buat penggambaran je.. hehehe
ReplyDeleteTambang bas, kos masuk dgn tambang kabel tu sama ke dewasa dgn kanak2?
ReplyDeleteWeb apa yg boleh akk intai2 utk kos keseluruhan kt seorak san?
Tambang bas, kos masuk dgn tambang kabel tu sama ke dewasa dgn kanak2?