Awal Muharram bermulanya era baru kehidupan.

Bagi kebanyakan orang, Awal Muharaam hanyalah sambutan tahun baru Hijrah, atau tahun baru dalam kalendar Islam.

Akan tetapi, makna di sebalik sirah (sejarah) sambutan Maal Hijrah ini lebih besar dan bermakna dari sekadar ucapan Salam Tahun Baru Islam mahupun Salam Maal Hijrah.

Ini kerana, sambutan ini membawa kepada 2 peringatan.
Bersama Kak @ajunael n @azlanzanudin ..Lepas rindu.. Hew hew hew
Pertama, peringatan tentang kejadian Hijrah yang dibuat Nabi Muhammad SAW bersama umat Islam ketika itu dari Makkah ke Madinah. Penghijrahan yang membuka lembaran baru Islam menjadi sebuah kerajaan yang kuat dan berpengaruh amatlah penting kerana di sini bermula ketamadunan Islam yang hebat.

Berpindah dari kawasan yang kurang "mesra" dengan pembaharuan yang dibawakan Islam ketika itu ke lokasi yang lebih "mesra" memudahkan kerja pembinaan tamadun Islam. Sejarah itu jugalah bermulanya era keilmuan Islam dari pelbagai sudut, ilmu agama, fardhu ain dan beberapa cabang ilmu lain.

Bagi kita di zaman sekarang? Apakah perlu untuk kita sekadar mengenang dan memahami sejarah lampau semata-mata?

Oleh yang demikian, umat Islam zaman kini diseru agar menggunakan pengetahuan sejarah lampau untuk melakukan perubahan dalam diri ke arah yang lebih baik. Sempena kehadiran tahun baru 1435 Hijrah, Islam seharusnya lebih maju dengan kehidupan yang lebih mesra Muslim.

Syukurlah kita masih ada banyak kemudahan untuk menjalankan aktiviti agama Islam. Tetapi, usaha melestarikan aktiviti keagamaan dan juga memakmurkan masjid, mungkin sedikit berkurang.

Dari situ, marilah berusaha ke arah yang lebih baik dari sebelumnya. Salam Maal Hijrah 1435H.
Awal Muharram
November 5, 2013
4

Comments

  1. Semoga ianya lebih baik dalam tahun baru ini :) In Shaa Allah :) Amin..

    ReplyDelete
  2. hijrah : single ke berdua bro..

    ReplyDelete
  3. salam maal hijrah bro dan semua. peristiwa besar dan penting Nabi Muhammad SAW sebagai panduan untuk kita. semoga tahun baru lebih baik dari sebelumnya.

    ReplyDelete
  4. Insyaallah.. Didoakan tahun bru hijrah ni nk ziarah ke Makah n Madinah.. Hehehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

2021 yang power!

Tahun 2021 ni sangat power! Mana taknya, sedar-sedar dah hujung bulan Januari d…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Hebat!