Persepsi pertama Korea Selatan.

Seoul, Korea Selatan sebuah bandaraya yang hebat dan gah!

Memang diakui dengan kejayaan Oppa Gangnam Style yang mencecah lebih seBILLION hits menjadikan bandar ini menjadi perhatian dunia (walaupun sebelum ini sudah pun popular dengan kehebatan lain).

Bagi aku, peluang untuk menjelajah ke negara yang kaya dengan kebudayaan dalam kemajuan internet berkelajuan tinggi ini amat mahal dari harga yang dibayar.

Kesibukan Bandaraya Seoul

Rakyatnya dikuasai jatidiri yang kukuh dengan kekuataan nilai Korea Selatannya. Rajin dan sentiasa gigih berusaha diperlihat melalui deruan rakyat yang menaiki servis kenderaan awam (yakni tren).

Menariknya, tak kira budak sekolah, remaja, belia mahupun warga tua, kesemuanya hidup berdikari.

Menambah kekaguman aku ialah warga tua yang menghabiskan sisa hidup dengan bersiar-siar di bandar dan tidak kurang juga yang masih bekerja sebagai pencuci, penjaga tiket dan juga di kaunter informasi.

Untitled

Antara persoalan yang ditanyakan seusai balik Malaysia, "elok tak orang Korea??"

Jawab aku, mereka memang ada yang handsome dan cantik, tetapi yang menyerlahkan kecantikan mereka ialah USAHA yang dibuat. Dari pemerhatian yang dibuat, hampir setiap orang rakyat kat sini, akan membuat "sesuatu" dalam penjagaan imej mereka.

Bagi perempuan, sekurang-kurangnya rambut blow dengan rapi dan kemas, tidak lupa sekurang-kurangnya bedak asas. Bagi lelaki, pakaian sentiasa kemas dan saiz yang tepat dengan ukuran tubuh.

Tapi, ini semua ialah PERSEPSI PERTAMA aku ke atas negara yang banyak mengalami zaman sukar akibat amalan sistem pemerintahan yang tertutup sebelum ini.

Akan tetapi, banyak perkara yang akan dikongsi dalam post selepas ni, sebabnya Korea Selatan juga terkenal dengan kehebatan teknologi pemulihan alam sekitar mereka.

Aku pernah ada kawan yang praktikal di sini dan salah seorang coursemate dulu, skang ni dah sambung peringkat PHD kat sini.

 

 

5 comments:

  1. bila lah aku nak emrasa ke Korea.. lal.. sponsor.. hehehee

    ReplyDelete
  2. untung ler mu dapat pergi korea.....

    next time akan aku masukkan dala list 'percutian' aku...

    ReplyDelete
  3. Hahahhaa!!! Insyaallah... Murah rezki bleh blanja.. Heheh

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.