Jangan HALANG anak anda belajar JAUH!

Sudah lumrah menjadi ibubapa, bukan senang untuk melepaskan anak-anak untuk pergi jauh dari "celah ketiak". Terutamanya bagi anak-anak yang tidak pernah berenggang dengan ibubapanya.

Zaman globalisasi dah lama bermula dan manusia kini sentiasa berhubung dengan apa jua cara memandangkan teknologi yang kita nikmati hari ini kian canggih. Malahan, dengan keupayaan internet berkelajuan tinggi telah menjadikan komunikasi itu bukan lagi satu perkara yang mustahil.

Keputusan bagi pelajar lepasan STPM dan juga matrikulasi dah lama diumumkan dan ramai anak muda mula berhijrah dari kawasan mereka dibesarkan ke kampus institusi pengajian tinggi di seluruh dunia.

Namun, dilema anak yang tidak mahu dilepaskan mak bapaknya untuk belajar LEBIH JAUH tidak terkecuali dalam hal berkaitan anak melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.

Kepentingan Pengajian Peringkat Pengajian Tinggi

Belajar di peringkat pengajian tinggi (tak kira sijil, diploma, ijazah, ijazah lanjutan dan lain-lain) ialah peluang membuka minda tahap tertinggi untuk kebanyakan fasa hidup manusia.

Justeru itu, proses melanjutakan pelajaran inilah jadi medan utama dalam membuka minda anak-anak ini agar lebih dewasa dan matang dalam menempuh cabaran hidup seorang dewasa.

Kesan hantar anak belajar jauh.

Sememangnya seusai si anak tamat pengajian, asimilasi budaya, cara berfikir serta cara pembawakan diri bakal berubah.

Memandangkan suasana dan juga budaya masyarakat setempat (di kawasan si anak melanjutkan pelajaran) itu semestinya berbeza, sekurang-kurangnya ia memberi gambaran jelas kepada si anak bahawa dunia ini luas dan banyak yang perlu diteroka.

Bagi kesusahan yang dialami sepanjang proses pembelajaran, sekurang-kurangnya keadaan itu membolehkan si anak ini lebih matang dalam membuat keputusan dan juga mencari jalan penyelesaian yang terbaik selagi ia memenuhi kepentingan akidah dan juga batas halal dan haram kehidupan.

Melepas rindu dgn @suhaimisulaiman ..
Beliau ini mahaguru saya.. Beliau pernah merantau ke Amerika Syarikat untuk sambung belajar.
Beliau sangat hebat! Dialah Suhaimi Sulaiman.



Jadi, lepaskan anak anda untuk pergi lebih jauh. Lengkapkan mereka dengan jatidiri sedia ada ketika sekolah.


Belajar di tempat yang lebih jauh (secara geografi) biasanya akan menambah keakraban dalam keluarga.


**menulis berasaskan pengalaman sendiri.

 
Fikir2
October 5, 2013
1

Comments

  1. Inilah masanya untuk berdikari. Mana boleh asyik hendak berkepit dengan orang tua.

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Menghampiri jam ke 2,000 Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuat kuasa pada 18 Mac lalu. Ketika aw…

Hebat!