GILA menjadikan anda KREATIF!

Minggu ini boleh dianggapkan sebagai minggu inspirasi untuk aku memandangkan beberapa filem yang ditayangkan di pawagam mengundang inspirasi.

Salah satu daripada inspirasi itu timbul dari filem Jobs.

[caption id="" align="aligncenter" width="346"] Revolusi![/caption]

Sebuah filem yang menceritakan kisah hidup mendiang Steve Jobs, pengasas Apple Computer yang memulakan, mengasas serta meniup roh Apple ke syarikat serta staff yang bekerja di bawahnya.

Dalam filem yang berdurasi 2 jam setengah ini, cabaran aku sebagai penonton ialah usaha untuk mengaitkan kisah yang digambarkan dalam filem dengan realiti Steve Jobs.

Ini kerana filem ini sejenis filem dokumentari yang aku katakan lebih 80 peratus kisah di dalamnya adalah kisah sebenar (jika dirujuk dari buku tulisan Jobs sendiri).

Namun demikian, untuk tujuan penonton massa, mungkin filem ini kurang sesuai kerana roh filem ini lebih tertumpu kepada peminat Steve Jobs dan juga peminat Apple.

Akan tetapi, untuk tujuan mendapatkan inspirasi, gaya serta kaedah berfikir ala Steve Jobs, ini adalah filem yang paling sesuai untuk ditonton.

Elemen drama yang difiksyenkan dalam filem ini juga menarik di samping kekuatan Jobs dalam menguruskan tekanan yang dialaminya menjadikan filem ini ada tarikannya yang tersendiri.

Oleh yang demikian, untuk cuba mendapat inspirasi dalam menjadi seorang pencetus revolusi, silalah tonton filem Jobs di pawagam berdekatan anda.
Fikir2
September 5, 2013
2

Comments

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

2021 yang power!

Tahun 2021 ni sangat power! Mana taknya, sedar-sedar dah hujung bulan Januari d…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Hebat!