Saturday, July 20, 2013

Si PENGUASA masa..

Sesungguhnya Tuhan kekal sebagai paling berkuasa atas kesemua perkara.

Manusia dikurnia 24 jan sehari dan kesemua pengalaman manusia di muka bumi ini adalah berbeza!

Kalau saat ini aku sedang bersahur di Kuala lumpur, saat ini jua ada ramai orang di Timur Malaysia sudah mula untuk solat Subuh.

Akan tetapi, susunan masa untuk manusia itu memanglah berbeza kerna sudah disebut dalam Quran bahawasanya orang yang beriman dan beramal soleh itu takkan rugi masanya.

Kejadian tadi memang ngeri. Aku hanya kurang 240 saat sahaja dari kejadian yang boleh mengorbankan banyak nyawa (termasuk anjing kurap serta si rempit yang baru pulang seusai bersahur.

Tuhan dah tetapkan bahawa aku terpaksa berpusing beberapa round di stesen minyak Shell dek salah isi angin tayar dan kebetulan tangki sudah berkurang isinya..

Elok sahaja aku keluar dari stesen, ada sebuah kereta toyota/honda yg dah terbalik di bahu jalan, kurang 500 meter dari stesen minyak (tempat aku isi petrol dan angin).



Berdebar kencang dada aku, apabila cuba membayangkan kereta itu menimpa tengah belakang aku.

Jika tak, memang Allahyarham la Hilal Azmi.

Maka bersyukurlah dengan setiap kejadian yg Tuhan berikan.

Mungkin dek kejadian yg agak menyusahkan sebenarnya boleh menyelamatkan nyawa anda!

Hidup untuk memberi dan diisi.
*ala2 denaihati.com plak rasanya.. :p

5 comments

Syukur Alhamdulillah... Semoga tuan dipanjangkan umur... Amin...

Alhamdulillah, syukur....Hope Hilal akan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki (erm macam wish besday pula).

Alhamdulillah tak jadi apa2 kan. memang ngeri kalau difikirkan balik.

Selagi ajal belum tiba..

Alhamdulillah tak jadi apa apa..

Sebarang komen amatlah dihargai.