Pembahagian KASIH SAYANG.

Alhamdulillah, sejak kecil memang aku dan adik beradik diajar utk menyayangi sesama sendiri dan juga menyayangi ahli keluarga dengan sepenuh hati.

3 jantan ELOK yg ada aliran darah yg sama!


Menariknya, walaupun wujud favoritism ke atas insan yang ingin disayangi, tapi MAK selalu ajar utk bahagikan kasih dan sayang itu sama rata.

Contohnya, aku mungkin selesa dan amat sayang pada Tok Mak dan Wan Darus ( yakni atuk dan nenek sebelah Abah) memandangkan sejak kecil lagi mereka ini kerap bagi perhatian kat aku.

Bukan menidakkan kewujudan Nenek Enon dan Wan Ayob (atuk dan nenek sebelah mak), tetapi kegarangan nenek dalam melayan cucu berpotensi tinggi macam aku menyebabkan aku sentiasa rasa kurang senang dengan beliau. Akan tetapi, Wan Ayob memang best sebab beliau suka melayan cucu tanpa perlu cakap banyak.

Jadi, favoritism yang aku ada ini sentiasa "dipecahkan" oleh mak!

Kaedahnya diktator digunapakai (kaedah yg memang digunapakai untuk membesarkan aku) dengan memberi pesanan keras kepada aku " Hilal, nenek, tokmak, ngan wan tu semua Hilal punya.. Jangan dok tak suka! Takdak depa, Hilal pon xdak taw!"..

Pesan mak tu selalu terngiang di kepala setiap kali datang perangai favoritism aku.

Tumbesaran begini sentiasa ajar aku bahawa kasih sayang itu seharusnya diberi secara adil.

Walaupun kita bukanlah cukup hebat untuk membahagikannya secara TEPAT, tetapi sekurang-kurangnya perhatian yang sama diberikan kepada orang tersayang tanpa perlu prejudis!

Al Fatihah utk arwah Wan Ayob, Wan Darus & Tok Mak....
abah
July 8, 2013
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa terjadi kepada jalan utama Kuala Lumpur ketika sambutan ambang 2020?

Maaflah lambat sikit video ni. Proses mengeditnya yang ambil masa lebih sikit…

Hebat!