Kisah #RoyalBaby yang mendapat perhatian dunia.

Sesungguhnya itulah bayaran yang diperlukan seseorang untuk diangkat sebagai keturunan pemimpin agung dalam sistem pemerintahan.

Sistem monarki British yang mula mendapat perhatian sejak dulu dimeriahkan lagi dengan perkahwinan pewaris takhta seterusnya, Prince William yang mengahwini seorang gadis kebanyakan yang mula mendapat perhatian dunia, Kate Middleton.

Seusai perkahwinan, pasangan ini diangkat menjadi Duke & Duchess of Cambridge.

Terbaru dan sentiasa mendapat perhatian sejak awal bulan lalu, apabila Kate dilaporkan bakal melahirkan pewaris generasi baru untuk pemerintahan beraja British.

Bayi lelaki seberat 3.8 kilogram itu dilahirkan pada jam 4.24 petang waktu tempatan.



Ketika itu, ribuan media dari serata dunia termasuk peminat serta rakyat jelata berkumpul di depan Hospital St Mary untuk melihat sendiri pasangan Di Raja itu.

Seusai semalaman berada di hospital untuk rawatan, pasangan Putera William & Kate Middleton membuat penampilan pertama dengan putera sulung mereka

Nama yang baru diumumkan hari ini untuk #RoyalBaby itu ialah George Alexender Louis yang kini digelar sebagai His Royal Highness Prince George.

Syukurlah kesemuanya selamat, dan kini tempoh pantang (kalo ikut gaya Melayu) sedang dijalani Kate bersama Prince George.

Sempat aku kongsikan melalui Instagram beberapa gambar yang turut dikongsikan melalui twitter untuk anda yang berminat.

Gambar-gambar ini yang paling dekat untuk melihat sendiri kecomelan Putera Diraja British terbaru ini.




Nampaknya bayangan aku untuk melaporkan dari lokasi Hospital St Mary hanyalah dari bayangan semata-mata. Sekurang-kurangnya boleh la jugak member-member tengok baby ni.

Ada feel macam One Direction la sikit. :p



1 comment:

  1. Kate lawa.. will tak berapa hensem.. heehee.. baby comel.. mana mana baby dalam dunia nih comel..

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.