Selamat hari abah!!!!

Semua orang ada bapak yang hebat.

Alhamdulillah aku berada dalam unit masyarakat yang mengenali dan membesar dengan bapak aku, itu sejenis kesyukuran yang tertinggi nilainya dalam zaman berkelajuan tinggi ni.

Ada ramai anak-anak kini yang tidak pernah mengenali bapak mereka memandangkan gaya hidup manusia yang mula berubah.

Namun demikian bagi sesetengah manusia yang bernasib baik tak pulak menghargai kewujudan bapak masing-masing.Mungkin ada la masalah yang menjadikan alasan itu digunapakai untuk tidak menghargai bapak mereka.

Padahal, bapaklah yang menjadi insan PALING UTAMA untuk urusan dalam mendirikan rumahtangga kelak.

Aku tau abah sememangnya ada banyak rahsia lagi yang tak dikongsikan dengan aku.

Abah paling sempoi dan supporting dalam segala hal (selagi tidak melampaui batas normal kehidupan manusia), maka abah aku ni akan terima sebaiknya.

Sejenis wallpaper yang direka! :D



Di samping sentiasa optimis ke atas anaknya ( macam bapak orang lain jugak), tapi kehadiran abah sangat ekslusif untuk aku.

Selamat hari ABAH!!! :D
abah
June 15, 2013
0

Comments

Hebat!

Search

Popular Posts

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…

Pentingnya ambil tahu hal jiran...

Kejadian kehilangan kanak-kanak semakin hari semakin menjadi-jadi. Ia menjadi…