Permulaan Jun yang hebat!

Bulan Jun menerobosi kalendar hari ni.

Aku ada 8 jemputan kenduri kahwin yang semuanya memang kawan rapat aku sampai aku pon tak boleh nak hadirkan diri.

Memandangkan shift kerja jatuh pada hari ni. Diharap hangpa semua tak la memarahi aku memandangkan tuntutan "periuk nasik" berada pada kasta teratas dalam program harian.

Selamat hari kahwin untuk kawan-kawan yang melangsungkan perkahwinan hari ini.

Classmate Zarqali, Piah, Dayah n Rohany si pengantin.

Classmate dan colleague yang best!! Linda dan pasangan.

Pasangan yang bercinta sejak zaman MPP dulu, Arm & Suhaini.

Itu baru cerita kahwin.. Belum kisah sambutan hari lahir di kalangan kawan-kawan terdekat.Masing-masing dah disampaikan ucapan secara personal melalui akaun Facebook.

Bagi aku sambutan ini juga sejenis kebahagiaan.

Tak lupa, juga untuk kawan-kawan di sekitar Borneo, Selamat Hari Kaamatan dan juga Selamat Hari Gawai untuk kalian.

Aku rindu udara Borneo.. Insyaallah akan tiba di sana satu hari nanti.


Ini gambar paling IN untuk bulan ni... wahahaha

Borneo
June 1, 2013
2

Comments

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Menghampiri jam ke 2,000 Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuat kuasa pada 18 Mac lalu. Ketika aw…

Hebat!