Saturday, June 8, 2013

Kecintaan yang wujud dalam #TeaterJutaJuta3D

Saat penulisan ini ditulis Teater Juta Juta 3D berbaki 2 persembahan lagi di Stor Teater Dewan Bahasa & Pustaka.

Bagi aku naskah ini menjadi perkara yang besar pernah berlaku dalam hidup aku. Boleh dikatakan naskah ini aku anggapkan naskah "pecah dara" untuk aku mengenali dan memahami perjuangan hidup penggiat teater.

Pada 2011, dalam pementasan pertama Teater Juta Juta yang turut sama diadakan di Stor Teater menjadi sejarah apabila itulah kali pertama aku menonton teater.

Dari situ aku mula faham bahawa proses membikin teater bukanlah semudah menyanyi lagu di karaoke, malah usaha dan modal yang diperlukan ada nilainya.

Bagi setiap titik peluh dan air mata yang dikeluarkan ada maknanya yang tersendiri. Hanya orang yang pernah bekerja dalam produksi teater saja tahu akan hal ini.

Dari situ aku kenal secara peribadi dengan penerbit TJJ iaitu Shawn Amer, Fazleena Hisyamudin, Aloy Paradoks, Anas Ridzuan, Azhar, Shazlin Kassim dan penulis untuk naskah ini Fasyali Fadzly.

Mungkin dah namanya jodoh, dari situ aku diajak untuk menjadi kru produksi seterusnya yang diadakan di Putrajaya dengan Kerjasama dari Majlis Belia Putrajaya.

Pengalaman yang hebat! Bermula dari sesi rehearsal yang mengambil masa berminggu-minggu, diikuti persiapan props dan juga simpanan tenaga untuk hari persembahan. Setiap kejadian akan meninggalkan kesan mendalam.

Patutlah bila berakhirnya pementasan, akan ada yang bersedih tatkala mengenangkan pengalaman tersebut takkan berulang lagi.

Untuk Pementasan Teater Juta Juta 3D, aku bangga dengan peningkatan kimia di kalangan 3 pelakon teater ini. Mereka seakan sedar dengan tugas seterusnya seolah2 wujud hubungan BULU di kalangan mereka.



Selain itu, mutu props juga lebih baik dengan kewujudan props yang aku anggapkan sebagai lebih "mesra" pelakon berbanding dengan produksi sebelum ini.

Namun, naskah ini berjaya disegarkan dari segi skripnya apabila isu-isu baru disuntik untuk pementasan terbaru ini. Cuma aku harapan untuk ditambah isu yang lebih menyengat penonton ( mungkin perkaitan isu politik sikit) pasti menjadikan ia lebih menarik untuk ditonton.

Dari sudut poster dan pemasaran MASK Team tiada masalah kerana jenamanya sudab cukup baik untuk melakukan perkara ini dan sudah cukup matang untuk menjenamakan teater alternatif ini dengan baik.

Tahniah untuk produksi Teater Juta Juta 3D, bagi anda yang masih belom tengok, sila ke Dewan Bahasa & Pustaka Kuala Lumpur untuk melihat sendiri naskah yang mencairkan hati aku ke atas teater ni.

Sebarang komen amatlah dihargai.