Karakter wanita yang membuatkan lelaki cayaq!

Bukan senang nak suka dan bukan senang nak jatuh cinta.

Paling susah ialah untuk cayaq (cair) kepada mana-mana wanita sekarang memandangkan ada banyak jenis gadis yang aku dah jumpa dan kenal.

Justeru cabaran yang ada sekarang menjadikan lelaki yang tidak mengamalkan konsep womanizer dalam hidup macam aku ni memang sukar untuk jatuh hati.

Mungkin juga akibat berlaku beberapa jenis kekecewaan cinta (akibat sikap kurang matang aku) menjadikan soal cinta dan perhubungan terlalu naif untun aku.

Ya, memang menggelikan dan itulah realitinya dalam hidup aku.

Bila ditanya jenis pompuan yang menarik perhatian? Aku susah nak jawab, sebab pandangan aku ke atas seseorang gadis sangat mikro sifatnya. Jadi, ada 2 contoh wanita yang boleh diberi perhatian untuk mencayaqkan aku.

Wanita jenis PERTAMA!

Watak Akira dalam filem Bollywood bertajuk Jab Tak Hai Jaan. Watak ini dilakonkan gadis bernama Anushka Sharma.


Dari sudut fizikalnya, kulit cantik, rambut lurus (walaupun sedikit curl di bahagian hujung dan itu fesyen skarang). Akira ada ketinggian 175cm yang menjadikannya sangat elegan bila berjalan.



Perwatakan Akira paling mendapat perhatian aku. Dia bersikap gila-gila dan berjiwa kental. Namun demikian Akira ni ada sejenis sikap setia yang tidak berbelah bahagi kepada insan yang dicintainya, malag sanggup melakukan dan berusaha apa saja untuk kekasih hatinya.

Wanita jenis KEDUA..

Watak Zara dalam filem KIL yang dilakonkan oleh Christine Suzane.


Perwatakan Zara ni paling aku minat dan cayaq! Pasai dia ni sangat energetic dan selalu bersikap positif dengan apa yang dia buat (agak sama dengan watak Akira tadi). Cuma bezanya Zara ni perwatakan berkarisma ketika kerja tu paling mendapat perhatian. Dari situ terserlah sangat sikap independent yang ada dalam diri Zara.


Fizikal masih sama, rambut pendek yg lurus itu sudah cukup. Bola mata yang menyerlah menjadikan keunikan yang tak terbanding kecantikannya. Roma di muka yang sedikit menyerlah melambangkan sikap kerja keras yang menjadi inspirasi untuk aku.


Keseluruhannya, kedua-dua watak ni memang ada beberapa persamaan cuma  masing-masing ada kekuatan masing-masing.  Tapi kita tak tau siapa jodog yabg sudah tertulis cuma usaha diperlukan untuk menemuinya.


**aku hanya sembang hal watak dan perwatakan yabg diwujudkan untuk filem terbabit sahaja.. Tiada kena mengena secara peribadi dengan individu cantik yang disebutkan.


0 comments:

Sebarang komen amatlah dihargai.