Wednesday, May 22, 2013

Transformasi Pemikiran

Salah aku yang membiarkan ruang ni sunyi sepi dan kali ni aku rasakan transformasi pemikiran itu wajar untuk lebih pandai dari segi penampakannya.

GAMBAR HIASAN- nak muntah punya muka!

Salah satu perkara menarik sepanjang pengalaman bekerja di musin PRU13 ialah semakin ramai orang pandai di Malaysia.

Aku dapat kategorikan mereka ini kepada  beberapa jenis pandai:
1. Pandai memang pandai
2. Pandai pandai
3. Pandai memanipulasi.

Kisah Pandai memang Pandai.
Golongan ni dari segi pembawakan diri memang rileks saja.

Takda perkara yang dibisingkan walaupun berlaku sebarang jenis persng mulut berlaku untuk orang sekelilingnya.

Keadaan bagi golongan ni biasanya sentiasa terkawal kerana mereka memang profesional.

Kurang ada masalah timbul kerana kawalan situasi yang dibuat golongan ni sangat hebat!

Kisah si Pandai Pandai
Kepandaian datang dari ilmu dan pengalaman yang menjadikan analisis di kepala pemikir dapat disampaikan dengan baik.

Bahaya paling besar ialah sikap pandai-pandai yang biasanya melibatkan tindakan yang dibuat tanpa perlu merujuk pihak bertanggungjawab.

Agak sukar untuk merujuk orang jenis ni sebabnya mereka suka untuk berlagak pandai dan tidak memilih untuk bertanya kerana mereka sudah pandai.

Pandai Memanipulasi
Ini kehebatan manusia zaman sekarang. Apa sahaja keadaan yang ada di sekelilingnya digunakan sebaik mungkin untuk kepentingan diri.

Ada juga yang suka menggunakan situasi  semasa untuk digunakan bagi mendapat untung.

Itu 3 janis manusia pandai yang pernah aku jumpa.. Tapi, kisah kepandaian mereka ni takkan dapat anda lawan kerna mereka berasa diri mereka berada pada tahap kemuliaan menghampiri Tuhan.

Justeru itu, pandai boleh jadi anugerah dari Tuhan untuk individu, dan juga boleh dibuat dengan baik.

Mungkin sebab itu tak ramai ahli politik yang suka orang bijak pandai ni.


Sebarang komen amatlah dihargai.