Salam sayang buat KONTRAKTOR!!

Memandangkan kontraktor menjadi ORANG TENGAH dalam sistem perhubungan antara KERAJAAN dengan RAKYAT, maka ini bolehlah dianggap sebagai rintihan rakyat yang terkesan akibat hasil kerja kontraktor yang dilantik pihak kerajaan.

**Sila jangan kaitkan isu ini dengan KORUPSI mahupun KRONISME dalam sesi "penganugerahan" projek kepada kontraktor.

Kes Jalan Kurang Berkualiti
Jalanraya yang dibina melalui tender kerajaan biasanya akan melantik kontraktor pembina jalan raya.

Justeru itu, nak jadi kontraktor pembina jalan raya seharusnya ada keperluan cukup untuk membina jalanraya.

Kerapkali bila ditanya kenapa jalan yang dibina tak berkualiti, equipment / barang tak cukup!!

Duhai kontraktor, tolong la ikhlas bila nak membina jalanraya.

Saya sebagai rakyat faham bahawa kerja membina jalanraya bukan kerja senang.

Ditambah pula sumber tenaga kerja yang digunakan pula biasanya pada tahap separa mahir (memandangkan kos mendapatkan tenaga kerja berkemahiran amat tinggi).

Akan tetapi, supervisor yang ada tu semestinya berpengalaman dalam menyelesaikan tugas membina jalan raya yang berkualiti.

Selalu terjadi masalah jalan yang berbonggol serta mudah berlubang (terutama di sekitar manhole).

Cadangan saya ialah tolong yakinkan "tukang lantik" anda sebagai kontraktor pembina yang mampu membuat kerja dengan hasil yang memuaskan!

Perkara ni penting sebab jalan yang kurang berkualiti (hasil air tangan berpeluh pekerja kontraktor ni) takut mendatangkan SUMPAH SERANAH PENGGUNA atau rakyat!

Rakyat boleh jadi marah akibat kerja malas macam tu.

Hari ini orang ramai marah dengan kerajaan sebab jalanraya yang kurang berkualiti (hasil lantikan anda sebagai kontraktor).

Ramai juga pemandu motor mati di Lebuhraya Persekutuan akibat pembinaan jalan yang tak berkualiti terutama di laluan motosikal.

Aku yakin, sekalipun kerajaan bertukar, air liur manis kontraktor akan tetap berjaya menjadikan anda dapat projek!

Saranan terbaik untuk kontraktor seluruh Malaysia, sila jalankan KERJA anda dengan baik.

Kerja kalian amat dihargai rakyat, tetapi perlu berkualiti! 

Rakyat letih dengan golongan kontraktor yang suka kaut untung tanpa kerja yang ikhlas!

Jika tidak, ada kemungkinan sumpah seranah rakyat kepada anda mampu menjadikan hidup anda porak peranda.

Salam sayang dari suara rakyat buat KONTRAKTOR di seluruh Malaysia.
dapat projek kerajaan
May 22, 2013
1

Comments

  1. Kalau diikutkan jalan tar boleh bertahan sehingga 10 tahun mungkin adunan yang tidak tepat tak sampai seminggu ada yang sudah berlubang balik. Paling terkesan penunggang motorsikal melambung apabila melanggar lubang atau jalan tak rata.

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

Rasis / Racist: Apa, Siapa dan Banyak mana?

Isu perkauman kini semkin hari semakin panas. Bila mana yang Melayu nak pertaha…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

3 jenis tindakan yang mendatangkan bahagia di masa hadapan

Sejak dua menjak ni, semakin ramai yang ditemui mengalami masalah kurang bahagi…

Tip kurangkan anak tengok gajet!

Bila dah jadi bapak, banyak perkara perlu kita beri perhatian. Nak cari duit …

Nikmat jadi orang malas!

Sejak zaman sekolah, kita akan kenal dengan individu yang dilabel sebagai pemal…