Platform gelak ketawa keluarga!

Aku sangat suka dengan majlis walimatulurus keluarga terdekat!

Sebab tu aku sentiasa bersemangat dengan kenduri-kendara yang melibatkan ahli keluarga aku.

Di sinilah waktu terbaik untuk berjumpa dan bermesra sesama ahli keluarga di samping bertemu sahabat handai jauh dan dekat.


Walaupun suasananya sedikit berbeza dengan sambutan Aidilfitri, tapi masa yang diluangkan ni dianggapkan cukup berkualiti untuk mendapat status terkini tahap kesihatan dan juga status perhubungan masing-masing.

Di masa ini juga kebanyakan yang ada akan berusaha mendapatkan perhatian yang terbaik dari ahli keluarga (tidak termasuk subjek utama majlis iaitu pengantin).

Aku percaya, saat bahagia ini tak lama, tapi hubungan dikuatkan dengan pertemuan sebegini rupa.

Aku berdoa agar pertemuan sebegini akan kekal sebagai platform terbaik untuk ahli keluarga kekal berhubung di samping tidak mengharapkan pertalian darah semata-mata.
Keluarga
May 24, 2013
2

Comments

  1. Sekali berkumpul. Tidak mustahil bersembang hingga ayam berkokok. :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Maksud sebenar “belajar pandai-pandai supaya hidup senang”

Sejak kecil, kita kerap kali dipesan oleh mak bapa tentang kepentingan untuk be…

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…