Tuesday, May 21, 2013

Patutkah lelaki ada diari??

"Poyo la hang!! Ada diari konon!! Nak tulih creta hidup hang tu rajin sangat ka??"kata hati aku ketika berusaha menulis sesuatu di sebuah buku catatan yang dinamakan sebagai diari.

Ada beberapa kawan perempuan, selalu tanya, "hang pon ada diari?? Rajin jugak hang menulis!"

Bagi aku, kewujudan diari bukanlah sesuatu yang mustahil dan tidaklah sesuatu yang asing. Ini kerana diari selalunya bertindak sebagai 'punching bag' ketika api kemarahan meluap-luap ke atas seseorang.

GAMBAR HIASAN- Bila orang takda diari,pintu tandas pon jadik.

Untuk manusia dari spesis serta dalam situasi kerja yang mencabar, diari sangat boleh membantu terutama dalam melepaskan rasa, emosi ataupun melepaskan geram.

Tak dinafikan bahawa wujud platform lain mcm blog, Facebook, Twitter, Tumblr dan yang senafsu dengannya, tapi itu semua mengundang persepsi salah ke atas kita.

Kiranya diari ialah ruang bersuara paling luas dan terbuka untuk berkata apa saja!

Diari pernah dibaca orang?? Pernah dicuri?

Pernah!! Masa aku form 2..

Housemate aku masa tu terjumpa diari aku, depa bantai baca beramai-ramai.

Mula-mula memang menghiburkan sebab banyak rasa jiwa aku diketahui.

Tapi bila dah mula masuk bahagian kutukan individu melalui diari, maka masing-masing tak boleh terima.

Sebab tu aku wujudkan diari! Aku malas nak mengumpat hal orang lain.

Hanya diari tempat yang aku anggap sesuai untuk melampiaskan nafsu bercakap hal orang lain.

Tips untuk elakkan diari dibaca orang lain ialah dengan cara tuliskan hal yang dianggap boleh mendatangkan pergaduhan tu pada sekeping kertas.

Tulislah dengan penuh nafsu serakah. Selesai saja, baca balik bagi puas hati..

Kemudian, bakarlah ia menggunakan semarak api agar kisah orang yang menyakitkan hati tu terus jadi abu!

Biasanya perbuatan sebegini mengurangkan kadar tekanan dalam diri.

Kesimpulannya, lelaki pon kena ada diari!!

Selamat mencuba!

1 comments :

zaman electronic, kurang menulis atas kertas(kecuali masa belajar), diari mungkin jadi pilihan yang, rasanya tak kisah lelaki atau perempuan. juga mungkin satu kepuasan individu...

Sebarang komen amatlah dihargai.