Monday, May 20, 2013

Mencari dan menghilang.

Manusia memang hidup untuk mencari.

Cari ketenangan, cari ruang untuk bernyawa dan cari ruang untuk mengisi perut.

Akan tetapi banyak cabaran yang perlu dilihat dengan rapi yang mungkin akan menyebabkan kita selalu leka lantas gagal untuk menyelesaikan proses cari.

Aku selalu gagal mencari! Biarpun pensel yang aku pegang di tangan, dalam 2 saat saja dia akan hilang.

Maka aku terus mencari di merata tempat. Namun, bila diam dan mengambil tempoh bertenang, baru aku sedar bahawa pensel tadi diselitkan di telinga.

Mungkin itu sejenis hakikat hidup.

Manusia akan terus mencari. Kadangkala ianya realistik, dan kadangkala mitos sifatnya.

Manusia juga akan hilang (mungkin untuk tempoh yang lama dan mungkin sekejap saja).

Jadi, haruslah kita kekal FOKUS agar tidak terperangkap dengan kecuaian sendiri.

GAMBAR HIASAN

Sebarang komen amatlah dihargai.