Sunday, May 19, 2013

Ledakan kantuk.

Kantuk itu satu jenis nikmat..

Ia datang dengan kurniaan Tuhan tanpa prejudis memandangkan kantuk itu mampu memberikan ruang rehat yang tak ternilai sedapnya.

Serangan mental mampu menyebabkan kantuk tidak hadir pada diri kita dek ego yang menguasai diri.

Ego untuk kerja keras itu tidak bermakna anda terlalu hebat, tetapi realitinya ia kerap menyeksa zahir dan batin.

Kantuk itu petanda badan mahukan rehat.

Rehat agar badan sihat dan kuat.

Ada kantuk, layanilah dia walau sekejap.

Jangan biar kantuk itu terus gersang.

Kalau anda mahukan dia meledak, kantuk lantas mendatangkan garis-garis melebar di ruang paling bernilai tubuh.

Jangan biar kantuk meledak!

Sebarang komen amatlah dihargai.