Pakej kehidupan baru.

Baru-baru ni ada berjumpa dengan seorang yang pernah bagi inspirasi dalam hidup aku.

Namanya Abang Lan, yang dikenali semasa program bersama Astro tahun lepas.

Dalam beberapa bulan lalu, Abang Lan mengalami laluan perit dalam hidupnya apabila diserang strok pada usia awal 30-an.

Tatkala menziarahi Abang Lan, dia dah boleh lembali berjalan malah mampu memandu kereta kembali.

Walaupun bahagian kiri tubuhnya masih lemah, baginya itu kesyukuran yang tak terhingga.

Katanya INILAH PAKEJ KEHIDUPAN BARU yang dikurnia Tuhan.

Aku agak tersentak dengan perkataan PAKEJ KEHIDUPAN BARU.

Kerana baru aku sedar, penciptaan manusia sememangnya datang dengan PAKEJ yang berbeza.

Namun demikian, serakah diri sentiasa mahukan PAKEJ yang orang lain ada tanpa selalu bersyukur dengan PAKEJ yang dikurnia Tuhan.

Aku juga baru sedar bahawa PAKEJ KEHIDUPAN sedia ada sebenarnya mempunyai potensi yang sama untuk menjadikan diri BESAR untuk menjadi khalifah di muka bumi ni.

Tak salah untuk meningkatkan NILAI pada PAKEJ KEHIDUPAN sedia ada, tetapi tanggungjawab asas kepada Tuhan janganlah kita selalu lupa.



Astro
March 18, 2013
3

Comments

  1. hensem gak hilal azmi nih rupanya...

    hahaha*boleh tak tetiba komen takde kena mengena ngan entry ?

    :)

    ReplyDelete
  2. kim salam kat lan
    dah lama aku tak jumpa dia wey
    semoga lan terus sihat hendak-Nya amin

    ReplyDelete
  3. Hilal..terima kasih byk2 for this post. Sebak and terharu cheq baca. Hang buat aku bertambah bersemangat lagi to face the reality. Aku selalu doakan yg terbaik utk hang.

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Hebat!

Search

Popular Posts

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…

Maksud sebenar “belajar pandai-pandai supaya hidup senang”

Sejak kecil, kita kerap kali dipesan oleh mak bapa tentang kepentingan untuk be…