Kenapa KTMB pilihan TERAKHIR orang muda?

Keretapi Tanah Melayu Berhad, sebuah syarikat pengangkutan keretapi UTAMA di Malaysia yang menyediakan satu-satunya perkhidmatan keretapi antarabandar di Malaysia.

Masa yang panjang dalam perjalanan menggunakan keratapi menjadikan perkhidmatan KTMB bukanlah menjadi pilihan ramai.

Namun demikian, kewujudan perkhidmatan ETS atau Electric Train Service antara KL Sentral ke Ipoh sememangnya membuka mata kerana mengambil masa yang pendek.

Akan tetapi, masalah utama yang aku hadapi dengan KTMB ialah perkhidmatan pelanggan pihak KTMB yang sememangnya MENGERIKAN.

MENGERIKAN yang macam mana??


  1. Talian 1300 99 5862 yang diwujudkan mengambil masa sekurang-kurangnya 3 minit sebelum dijawab dengan penuh "mesra" oleh pegawai perkhidmatan pelanggan KTMB.
  2. Perkhidmatan kaunter tiket yang selalunya lambat dan tampah lemah.
  3. WEBSITE yang tidak mesra pelanggan malah MENGELIRUKAN.
Screenshot Website KTMB
Bagi aku, pilihan untuk menaiki keretapi masih ada dalam senarai pengangkutan pilihan.

Namun demikian, hanya untuk tujuan bersuka ria dan pada mood jalan-jalan semata-mata.

Kalau anda memerlukan pengangkutan berkelajuan tinggi dan TEPAT MASA, maka keretapi seharusnya anda ABAIKAN (untuk masa ini) melainkan berlaku TRANSFORMASI BESAR-BESARAN berlaku kepada KTMB..

**Menulis berdasarkan pengalaman sendiri!



CallCentre KTMB
February 9, 2013
1

Comments

  1. betull... yang jarak pendekk pon amik masa yang lama... belom part keretapi brokedown tgh jalan.. pastu jadual perjalanan x lancar.. kdg2 tu tunda sampai 30 minit..

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Masa untuk berhijrah!

Foto Astro AWANI / Shahir Omar Setiap kali kedatangan tahun baharu, maka …

Tip kurangkan anak tengok gajet!

Bila dah jadi bapak, banyak perkara perlu kita beri perhatian. Nak cari duit …

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Kalau hidup ni manis sepanjang jalan pun tak sedap jugak!

Kehadiran tahun 2020 memang sangat mengujakan! Ya la, angka 2020 ni merup…

Hebat!