Friday, February 1, 2013

Inilah dia BULAN CINTA dengan sambutan Hari Wilayah.


Kalau semalam ialah bulan kita menyambut kehadiran tahun Masehi dengan penuh meriah dan bahagia, hari ini kita menyambut kehadiran BULAN CINTA.

Selamat Pengantin Baru Hafizz n Shima! 
Mungkin lagho bagi yang menyambut pada hari tertentu (seperti Valentine's Day) tetapi mungkin boleh dijadikan titik tolak untuk menyemarakkan rasa CINTA hingga hujung tahun.

Namun demikian, bagi orang Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, inilah Hari Wilayah di mana 3 negeri ini akan bercuti.

Cuti umum yang mungkin memudahkan bagi yang bekerja office hour, tetapi sebenarnya ia sebagai hari bersejarah buat 3 wilayah penting kerajaan persekutuan.

Selamat hari Wilayah untuk warga Kota KL, Labuan dan Putrajaya!

Biarpun hidup mencabar di tengah kota, tidaklah mudah untuk membawa darjat, maruah dan nama keluarga di sini.

Bagi aku, menyemarakkan rasa CINTA sememangnya menjadikan hidup di dunia ini lebih indah dari biasa.



Bukan kerana seks, tetapi membentuk rasa sayang dan tiada persengketaan.

Moga Hari Wilayah dan BULAN CINTA yang datang serentak ini memudahkan sesi berCINTA dan menjalani kehidupan di muka bumi.

Sebarang komen amatlah dihargai.