Telinga yang meLISTEN !

Aku merupakan insan paling banyak dipiat telinga berbanding adik beradik yang lain.

Dipiat cikgu, malah abah pon selalu piat telinga aku ( kaedah abah paling kejam pasal beliau akan kepitkan cuping dan kemudian pusingkan telinga) ..

Isu LISTEN sangat bagus untuk ditrendingkan (walaupun dah trending sejak kelmarin) memandangkan bebudak muda sekarang memang tak suka keadaan bising terutamanya dari "orang tua" yang suka berleter!

Generasi kpop Malaysia kebanyakannya dibesarkan dengan keadaan di mana perkara yang dimahukan dipenuhi mak bapak.

Jadi, mintak la apa saja, insyaallah mak bapak usahakan sampai dapat (walaupun mak bapak setengah mati susah payah).

Dek dibesarkan dengan kemahuan yang sentiasa dipenuhi, kebanyakan generasi muda kini (terutama pada sela umur 21tahun dan ke bawah) akan melakukan pemberontakan besar-besaran ke atas sebarang perlakuan yang tidak memenuhi kehendak mereka.

Dari situ, wujudlah sejenis sikap yang NORMAL masa kini, yang TIDAK MORMAL di masa lalu.. Iaitu sikap mahu suaranya didengar tanpa menghirau apa jenis keadaan.

Bila berurusan dengan "orang tua", generasi ini akan LUPA adab mahupun untuk bersikap diplomatik.

Mungkin akibat terlalu banyak promosi 1Malaysia, orang muda lebih mementingkan mulut yang 1 itu berbanding menggunakan telinga yang 2 keping itu untuk mendengar.

**pesanan untuk diri sendiri, sila dengar sebelum lancang untuk bercakap!

***gambar tu mcm tu la abah aku kepitkan dulu telinga sebelum dipiat!

1Malaysia
January 15, 2013
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Jaga sempadan negara bukan time COVID-19 semata-mata

Perkembangan daripada Op Benteng bakal menjadi bualan hangat sebaik saja PKPP (…

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Menghampiri jam ke 2,000 Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuat kuasa pada 18 Mac lalu. Ketika aw…

Hebat!