Gay dan Lesbian.


Berikut ialah Garispanduan yang dikemukakan semasa Majlis Rundingan Persatuan Ibubapa dan Guru Putrajaya tempoh hari untuk ibubapa mengenalpasti simptom gay dan lesbian untuk anak mereka.

Simptom gay

  1. tertarik kepada lelaki,
  2. Mempunyai badan sasa dan gemar menunjukkan badan dengan memakai baju berkolar-V dan tidak berlengan, 
  3. gemar pakaian ketat dan berwarna cerah, 
  4. suka membawa beg besar, sama seperti yang digunakan wanita, apabila keluar.
Simptom lesbian

  1. Tertarik kepada wanita, 
  2. menjauhkan diri daripada wanita lain, selain teman wanita mereka, 
  3. gemar keluar, makan, dan tidur dengan wanita, 
  4. tidak tertarik kepada lelaki.

Pada pandangan aku, kebanyakan perkara yang digariskan untuk mengenalpasti GAY berasaskan kes KEBANYAKAN semata-mata. Tapi perkara tersebut bukanlah keadaan MUTLAK untuk memberi gambaran ke atas orientasi seks seseorang.

"Kami BUKAN gay.." - Gambar HIASAN

Dalam hal memilih pakaian berwarna terang, itu mungkin tuntutan fesyen terkini memandangkan gay biasanya sangat trendy dan pencetus trend.

Jadi, sebagai mak bapak yang dah BANYAK MAKAN GARAM berbanding anak-anak, seharusnya mereka LEBIH TAHU siapa gay dan siapa lesbian kerana sifat kimia yang ada pada gay dan lesbian ni sangat senang diBAU.

Sama seperti orang tidak merokok mengenalpasti si perokok itu konsepnya.

Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang TERDEDAH dengan internet berkelajuan tinggi, maka gunakanlah kemudahan serta NIKMAT AKAL dengan baik sebelum memandai memberikan persepsi ke atas orang lain.
Fesyen
September 14, 2012
0
NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa terjadi kepada jalan utama Kuala Lumpur ketika sambutan ambang 2020?

Maaflah lambat sikit video ni. Proses mengeditnya yang ambil masa lebih sikit…

Hebat!