Satu hari di radio @Era_fm | #OnAir

Satu petang aku berjalanke Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil untuk sesi temuramah radio yang PERTAMA.

Ini juga kali PERTAMA untuk aku melihat sendiri konti radio yang selama ni aku dengar sejak awal tahun 2000 dulu iaitu Era Radio.

Kredit kepada live.hilalazmi.com
Untuk kali ni, aku dan Syakirin Husnal dibawa untuk temuramah dalam rancangan Carta Era 40 bersama dengan penyampai radio yang juga pengacara tv paling hebat di Malaysia, Aznil Hj Nawawi atau kini lebih mesra dipanggil sebagai Paknil.

Untuk sesi rakaman ini, kami diminta untuk berkongsi pengalaman hidup dan pengalaman ketika berada dalam rancangan realiti On Air yang ditayangkan di Astro Ria.

Sepanjang sesi rakaman berlangsung, aku sentiasa pelik dan cuba menambah yakin dalam diri aku untuk cuba mengeluarkan suara yang boleh tembus keluar melalui speaker radio orang yang mendengar di mana mereka berada.

Agak payah rupanya untuk menjadi penyampai radio ni, akan tetapi TIDAK MUSTAHIL untuk aku cuba dalam bidang ni satu hari nanti (mungkin hari di mana aku relevan untuk industri radio).

Kehebatan insan bernama Aznil ni plak, beliau memang tak kering air liur bila bab bercakap dan idea yang mengalir dalam kepala beliau bagai air terjun yang mencurah terjunan airnya.

Bagi aku, pengalaman ni antara pengalaman yang hebat dan sikit mencabar (pasal nak berbual dengan mikrofon) tetapi segalanya dah berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.
Astro Ria
June 28, 2012
0

Search

Popular Posts

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Apa terjadi kepada jalan utama Kuala Lumpur ketika sambutan ambang 2020?

Maaflah lambat sikit video ni. Proses mengeditnya yang ambil masa lebih sikit…

Masa untuk lebihkan bersyukur

Dunia media ternyata menerima pukulan hebat akibat derasnya arus gangg…

Masa untuk berhijrah!

Foto Astro AWANI / Shahir Omar Setiap kali kedatangan tahun baharu, maka …

Nikmat jadi orang malas!

Sejak zaman sekolah, kita akan kenal dengan individu yang dilabel sebagai pemal…

Hebat!