Thursday, June 28, 2012

Budak Sekolah.

Zaman sekolah bukanlah asing bagi kebanyakan rakyat di Malaysia.

Dengan kehebatan kerajaan sedia ada, anak-anak Malaysia kini boleh menikmati pendidikan percuma bermula dari sekolah rendah hinggalah peringkat menengah.

Mungkin ada banyak perbezaan tentang sikap, kaedah berfikir dan juga hasil tunjuk ajar guru jika mahu dibandingkan dengan budak sekolah zaman dahulu.

Kredit gambar utk Cikgu Pie, guru SMK Silabukan, Lahad Datu, Sabah.

Bagi aku, kebanyakan budak sekolah zaman kini amatlah beruntung dengan kehadiran pelbagai kecanggihan teknologi yang memudahkan AKSES mereka kepada ilmu yang ingin dipelajari.

Oleh yang demikian, segala AKSES yang ada ni menjadikan tiada yang mustahil untuk budak sekolah zaman kini mempelajari sesuatu yang baru dan tidak mustahil juga untuk mereka mengeluarkan idea kreatif setanding dengan orang profesional yang ada dalam industri.

Aku sentiasa mendoakan semua guru-guru yang pernah mengajar aku agar sentiasa sihat, ceria dan bersemangat untuk mengajar budak sekolah zaman kini yang lebih mencabar.

Cabaran terBESAR guru-guru masa kini ialah campurtangan ibubapa yang kian menyebelahi anak-anak dalam hal disiplin di sekolah.

Bagi kawan-kawan yang kini bergelar guru di sekolah sekitar Malaysia, aku mengharapkan agar mereka ini diberi kekuatan, kreativiti dan kebijaksanaan untuk menghasilkan kaedah mengajar yang lebih berkesan dalam mendidik dan mendisiplinkan budak sekolah yang ada sekarang.