Monday, June 11, 2012

Bertanding di Realiti TV.

On Air, Astro Ria
Ya, tahniah untuk aku kerna smpai setakat ini!

Bayangan KEBANYAKAN orang menganggap dengan menyertai Realiti TV akan menjadikan kita popular lantas melupakan kawan-kawan yang pernah berkawan dengan kita.

Sebagai peminat rancangan realiti, aku membayangkan ia amatlah mudah dan penuh drama.

Tapi hakikatnya rancangan realiti memerlukan ketahanan di takat yang amat tinggi kerana kita perlu menghadap realiti pesaing kita, realiti produksi dan juga realiti mulut orang ramai yang mencanak memberikan komen tanpa perlu mendapat bayaran.

Syukurlah nak, aku terlahir dari dunia yang amat tajam darjah kritikan yg aku pernah dapat yang menjadikan aku agak tahan.

Memandangkan permainan untuk On Air  di Astro Ria berasaskan sistem JURI, maka pemain untuk rancangan ini terpaksalah bijak dalam meletakkan diri masing-masing.

Biasalah, ini adalah pembelajaran bagi menghadapi situasi sebenar apabila berada dalam industri yang amat kompetitif nanti.

Juara? Teruskan menonton On Air untuk minggu seterusnya ekslusif di Astro Ria. :D