Pertabalan AGONG yang menGEGARkan Nusantara.

Gambar Kredit Istana Negara
Alhamdulillah, Allah melanjutkan usia DYMM Sultan Abdul Halim untuk dilantik semula menjadi Yang Di-Pertuan Agong Malaysia untuk kali yang ke-2.

Untuk penambahan informasi kepada anda, kali terakhir Sultan Abdul Halim menjadi Yang Di-Pertuan Agong ialah tatkala pemerintahan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tun Abdul Razak iaitu bapa kepada Datuk Seri Najib (Perdana Menteri Malaysia sekarang).

Kini baginda dilantik sekali lagi tatkala kepimpinan Badan Eksekutif Malaysia berada di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib.

Bagi aku, kejadian gempa bumi di Acheh yang turut memberikan kesan gegaran kepada bumi Malaysia hingga menimbulkan panik kepada rakyat Malaysia.

Namun demikian, menerusi beberapa pengalaman sedia ada rakyat Malaysia nampaknya kian memahami apa yang perlu dilakukan ketika gempa bumi berlaku.

Ironinya, kejadian yang dilaporkan berlaku pada tarikh yang sama yang berjarak beberapa jam sahaja memberikan gambaran kepada kita bahawa kita bakal digegarkan dengan beberapa isu besar tatkala di bawah lembayung pemerintahan Tuanku Sultan Abdul Halim.

Insyaaallah dengan kebijaksanaan dan berkat Allah yang dikurniakan kepada Tuanku, Malaysia akan kekal aman dan makmur biarpun apa jenis bencana (politik atau fizikal) yang dijangka berlaku pada bila-bila masa.

Daulat Tuanku!
Politik
April 12, 2012
0
NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa terjadi kepada jalan utama Kuala Lumpur ketika sambutan ambang 2020?

Maaflah lambat sikit video ni. Proses mengeditnya yang ambil masa lebih sikit…

Hebat!