Rempit terlampau.

Ramai rempit mendapat reputasi buruk di kalangan masyarakat mungkin dek kerana pengaruh filem Melayu yang banyak menggambarkan "realiti" kehidupan si rempit yang sempit, kepit dan hancur.

Hingga saat ini, apabila kebanyakan kita mengetahui seseorang itu hanya menunggang motosikal, maka tuduhan rempit terus terpacul di mulut kebanyakan kita.

Oleh yang demikian, kebanyakan insan yang menunggang motosikal kini mendapat gelaran paling mulia yang dinamakan sebagai rempit.

Apa saja usaha yang dilakukan oleh rempit kebanyakannya akan dipandang gila, serong dan bengong.

Kemungkinan  besar si rempit kini terpaksa melampaukan diri untuk menyerlah walaupun hakikatnya rempit sangat bagus dalam melakukan kerja.
Hanya sedikit unsur kelucahan di sini.

Malahan, ramai insan yang suka menghina si rempit akan memohon bantuan rempit tatkala kecemasan berlaku kepada mereka yang mahu menjimatkan masa (terutama bagi yang tinggal di bandaraya).

Untuk pengetahuan anda, ramai rempit sebenarnya sangat kacak dan berpotensi besar.

Mereka bukanlah terlampau, mereka hanya melepaskan rasa dalam jiwa melalui kaedah rempit di samping kemampuan mereka hanyalah untuk memiliki sebuah motosikal sahaja.

Biar terlampau murah kos hidup si rempit, mereka sebenarnya sangat bijak dalam memilih celahan yang bagus untuk meloloskan diri di samping memastikan diri kekal sedap, kacak dan bergaya.

Rempit bukanlah terlampau, kerna yang melampau ialah mereka yang gagal memahami si rempit!
Fikir2
March 1, 2012
0
NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Masa untuk lebihkan bersyukur

Dunia media ternyata menerima pukulan hebat akibat derasnya arus gangg…

Hebat!