Protege Faizal Tahir untuk Mentor 6 = Anas Ridzuan #anasayo

Tadi diadakan sesi sidang media untuk rancangan realiti terbitan TV3 iaitu Mentor musim ke 6 yang diadakan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.

Bagi aku, untuk Mentor 6 kali ni, salah seorang mentor yang wajar diberikan perhatian ialah Faizal Tahir.

Beliau yang kerapkali digelar sebagai Rockers dan juga seorang penyanyi yang berbakat besar kini diberi peluang untuk mendidik protege pilihannya.

Setelah sesi ujibakat yang diadakan pada Februari lalu, nampaknya Anas bin Ridzuan telah dipilih untuk menjadi protege beliau.

Bagi aku Anas Ridzuan ni harus diberikan perhatian kerana beliau juga seorang yang berbakat besar dan amat gigih dalam meneruskan minat beliau dalam industri kreatif tanah air.

Beliau bukan sahaja seorang yang pandai berlakon, tetapi bakat nyanyian yang beliau ada amatlah bagus.

Antara teater yang telah dilakonkan oleh Anas Ridzuan ialah Teater Juta-Juta arahan pengarah muda Fasyali Fadzli, dan juga Teater yang mendapat sambutan terhangat di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu Teater 1 Plastik Hitam arahan Syahrul Fithri Musa.

Aku harap kita ramai-ramai memberikan sokongan padu untuk Anas Ridzuan  untuk Mentor musim ke 6.

Jangan lupa untuk FOLLOW twitter Anas Ridzuan di twitter beliau @AnasRidzuan
Sumber: Gua Malaysia
Hiburan
March 13, 2012
0

Search

Popular Posts

2021 yang power!

Tahun 2021 ni sangat power! Mana taknya, sedar-sedar dah hujung bulan Januari d…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Hebat!