Persaudaraan Tuah dan Jebat.

Eratnya persaudaraan mereka ibarat ombak dan pantai,
Biar seerat mana si pantai tetap dihempas dek ombak,
Kalaupun si ombak kuat menghakis, namun pantai tetap setia menahan hempasan kasar itu.

Itulah Tuah, Itulah Jebat,
Lagenda laksamana yang gigih mempertahankan Melaka,
Biar Taming Sari hilang dek persengketaan mereka,

- GAMBAR HIASAN
Namun, mereka pernah bersaudara,
Mungkin tidak sebapa mahupun seibu,
Hubungan HALAL tanpa PREJUDIS MODEN!

Utuhnya nilai saudara itu bagai adik-abang nilainya,
Boleh berpeluk tanpa SYAHWAT,
Hilai tawa riang tanpa pandangan sinis,
Gigih berlatih bersama 3 yang lain,

Mungkin ada yang MANJA antara mereka,
Cuma JATIDIRI yang tersemat di kalbu menguatkan kudrat mereka,
Tuah-Jebat bukanlah insan biasa,
Mereka kekal bersama dan terus bersama,

Sungguhpun Duli Yang Maha Mulia cemburu,
Itulah daulat yang mulia,
Memisahkan 2 saudara kerna mahkota,
Mata Taming Sari jualah saksinya.

Aku tetap mencemburui hubungan mereka!

Fikir2
March 30, 2012
0

Search

Popular Posts

2021 yang power!

Tahun 2021 ni sangat power! Mana taknya, sedar-sedar dah hujung bulan Januari d…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Apa maksud sebenar untuk TAK LARAT???

Selalunya akan ada saja orang yang akan datang lambat keja, tak datang keja lan…

Hebat!