Penakut!

Tuduhan penakut ke atas blogger yang tidak mahu menyiarkan rupa diri mereka kepada umum ialah sejenis tuduhan kuno hamba rakyat ke atas blogger.

Mereka ada alasan mereka tersendiri untuk membawa nama pena mereka ke mana mereka pergi.

Si penakut cahaya terang - GAMBAR HIASAN
Biarpun kebanyakan blogger yang menggunakan nama pena ni sangat bagus dalam hal penulisan blog, kebanyakan mereka mahukan privasi hidup mereka kekal terjaga.

Mereka bukanlah penakut seperti yang digembar-gemburkan, tetapi ini dinamakan sebagai kreativiti ada dalam diri mereka.

Membawa 2 perwatakan dalam dunia maya dan dunia sebenar bukanlah mudah, tetapi boleh saja kita menjadi diri sendiri untuk senang membawa diri.

Namun demikian, kita harus faham bahawa penembusan dunia maya amat laju hinggakan kata-kata telah banyak 'membunuh' selebriti terkemuka dunia melalui keyword  R.I.P.

Kesimpulanya tak perlu memandai menuduh orang penakut atau yang sewaktu dengannya di laman sosial, kerana dunia nyata pon kita belum pasti mengetahui maklumat sebenar.

Nikmati kehidupan dengan aman tanpa membuat pertuduhan yang tidak berasas.