Monday, March 19, 2012

LETUPAN CINTA!

Setiap manusia akan mengalami rasa cinta yang tak terhingga banyaknya.

Mungkin bagi manusia yang pernah kecewa dalam hal cinta, akan mengalami sindrom ketakutan untuk bercinta.

Namun, dalam tak sedar, kebanyakan manusia akan mengalami rasa cinta ke atas kebanyakan perkara yang kita beri LEBIH PERHATIAN.

Tak kisahlah cinta pada manusia, cinta pada benda, pada kereta dan sebagainya.

Bagi aku, cinta hanya akan berlaku apabila wujud TINDAKBALAS antara 2 pihak.

Kalaulah cinta hanya diperlakukan oleh satu pihak semata-mata, maka ianya tidaklah sesedap cinta yang diharapkan.

Mungkin ia menyebabkan rasa SYOK SENDIRI semata-mata.

Oleh yang demikian, bagi mewujudkan TINDAKBALAS CINTA, anda perlu kreatif untuk mewujudkan situasi cinta yang boleh menghasilkan tindakbals dari insan yang dicintai.

Kalaulah tindakbalas itu bersifat NEGATIF, maka ia akan menghasilkan LETUPAN!

Maka ia perlu dilakukan atas tangggungjawab dan risiko sendiri!