Kisah-kisah KLISE tatkala keputusan SPM diumumkan!

Banyak KISAH GEMBIRA yang diwar-warkan melalui media arus perdana mahupun media sosial tatkala diumumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia.

NAH!!! - GAMBAR HIASAN
Seperti tahun-tahun sebelumnya, "keputusan tahun ini lebih baik berbanding tahun sebelumnya" itu teks asas yang akan dikemukakan walaupun ada beberapa subjek yang kurang memberi petunjuk keputusan yang memberangsangkan.

Maka berpusu-pusu wartawan membuat temuramah kepada pelajar-pelajar yang BERJAYA dalam peperiksaan besar ni untuk MEMBERITAHU KEPADA DUNIA RAHSIA kejayaan mereka.

Bagi aku, kalau dah RAHSIA, perlukah ia diberitakan kepada orang ramai?

Cuba satu hari wartawan pergi menemuramah pelajar yang dah berusaha macam nak mampos, tetapi tak berjaya dapat keputusan yang CEMERLANG.

Kebanyakan kes bunuh diri, kemurungan dan kekecewaan terlampau wujud akibat usaha memberikan PERHATIAN LEBIH kepada insan berjaya dalam SPM.

Hakikatnya, kehidupan KEBANYAKAN orang kaya di Malaysia kini bukanlah datang dari mereka yang beraya dalam SPM dengan cemerlang.

Hadapi realiti bahawa kebanyakan orang yang KURANG BERJAYA dalam SPM mempunyai DAYA TAHAN yang lebih berbanding mereka yang CEMERLANG.
Fikir2
March 21, 2012
0

Search

Popular Posts

Ini sebab penting yang menyebabkan kita akan mula menabung sebelum bermulanya tahun 2021

Penularan wabak COVID-19 sememangnya memberi kesan besar kepada kebanyakan kita…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Pantang kalah.

Ada sejenis manusia di sekeliling aku yang aku jumpa dari spesis nih. Untuk be…

Di mana kepentingan Sidang Kemuncak Copenhagen 2009?

Semalam tamatnya Sidang Kemuncak Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diCopenhagen, Den…

Hebat!