HANYUT dek kehidupan.

Mungkin hidup kita telah 'dirancang' melalui ketetapan Qada' dan Qadar oleh Tuhan, tetapi kita masih diberikan hak untuk merancang dan membuat pilihan agar 'perancangan' yang pernah Tuhan tetapkan itu kita lalui dengan penuh nikmat dan mantap.
Jangan jadi macam KAPAL BERHANTU ni, yang dah
hanyut dar Jepun ke pantai Kanada akibat tiada nakhoda
yang mengemudi kapal ni akibat tsunami - GAMBAR AP

Kehidupan manusia kekal mencabar, sejak lahir, kita akan melalui detik hidup yang payah dan derita untuk lebih mengenali diri, di samping mempelajari soal kehidupan dengan landskap sosial kita.

Ada yang hidupnya dilimpahkan dengan kasih sayang keluarga, ada yang dilimpahkan dengan nikmat harta yang banyak, ada yang dilimpahkan dengan kehidupan yang sukar tanpa penjaga sejak kecil, dan bermacam lagi ranjau kehidupan yang dilalui oleh semua manusia yang setiap satunya ada ciri unik dalam menjalani kehidupan.

Dalam hidup kita akan menemui seseorang lantas mengenali perkataan sihir yang menggugat kebanyakan hidup remaja kini iaitu CINTA.

Agak tak menarik untuk aku ceritakan hal CINTA untuk entry kali ni, cumanya kebanyakan kisah cinta berlaku amatlah manis dan menyedapkan melainkan berlakunya bencana besar yang dinamakan putusnya hubungan cinta 'agung' tadi yang amat memberi impak kepada kehidupan sang pemuja cinta yang ada pada masa kini.

Memanglah hidup perlu untuk kita merancang, tapi tak salah untuk kita terus bersama arus semasa tetapi perlu diingat agar kita sentiasa bersedia untuk membawa diri ke tempat yang betul agar kita tak terus hanyut dek arus kehidupan yang kian deras.
cinta
March 26, 2012
0

Search

Popular Posts

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pernah try boba versi mamak Penang?

Ini cerita best masa kami balik Penang baru-baru ni. Aku saja la pi jumpa…

Nikmat jadi orang malas!

Sejak zaman sekolah, kita akan kenal dengan individu yang dilabel sebagai pemal…

Kalau takda pasukan, kita gerak dulu !

Saya masih ingat kali pertama berjumpa dengan manusia penuh…

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…

Hebat!